Pages

Tuesday 19 April 2016

Diari Peribadi: Anugerah Kecemerlangan Bukan Segalanya Tapi Pemangkin untuk lebih cemerlang

Ada org kata APC tu apa? satu anugerah bagi kami penjawat awam dalam prestasi kerja. Bukanlah yg xdpt tu xbagus. Tapi ada kuota kan..setiap tahun ada beberapa org yg akan dapat. Selama 14 tahun sy bekerja ini lah pertama kali saya dapat. Kenapa saya menunggu lama sedangkan ramai lg org yang xcemerlang pn boleh dapat. Itu namanya rezeki. Lagipun saya asyik berpindah tempat kerja. Xcukup kitaran dah pindah. Dulu masa di Poli PD 4 tahun sy disana sebelum saya samb stadi. Tapi masa tu sistem lebih kepada senioriti. Sy junior lagi lambat la sy nk tunggu giliran. Selepas tamat belajar saya diarahkan untuk SETUP Kolej Komuniti Baru..di Muar dengan bidang bukan kepakaran saya. Saya suka atau x saya terpaksa akur kepada kerja. Jadi sebelum kolej tu dibuka, sy dipinjamkan ke Kolej Komuniti Ledang Johor. Rasanya masa tu stress sangat. Mana x nya..saya masa tu tinggal di port dickson berulang alik ke Ledang Johor dengan masa perjalanan 1 jam 45 minit. Setiap hari selama 3 bulan. Selepas tu kolej komuniti di Muar dapat Pengarah baru. Masa tu hanya kami berlima. Pengarah, saya, tina, eo sowg, pembantu tadbir sowg dan sowg juruteknik. Kami setup tempat ini dari kosong sampai sempurna. Dari berkongsi satu kipas untuk satu opis sampai la ada aircond penuh. Mmg giler la masa tu..susahnya dan banyak keje kena buat. Nasib baik masa tu ada 2 lecturer kontrak bantu kami. Dah la saya dengan tina jek pensyarah masa tu. Kami pergi bus stand Muar edar flyers, cari pelajar, jumpa ketua kampung untuk promosi Kolej. Bukan senang nk jd senang. Terlalu pedih untuk dikenang. Tapi saya bangga sebb sy mampu membangunkan satu Kolej dan memberi ilmu kepada masyrakat sekitar. Disitu saya belajar cara berkomunikasi dengan orang kampung, cara berurusan dengan Yb dan masyarakat sekeliling. 9 bulan saya disitu dan akhirnya saya dapat pindah ke Poli Melaka. Bukan xsyg keje kt situ tp saya bidang lain situ bidang lain. Bukan jiwa..huhu. Di melaka saya meneruskan delegasi saya dengan pelbagai benda saya buat. Xlama dalam 2 tahun setengah shj..sy terpaksa akur untuk pindah ke Sabak bernam ini kerana isteri tercinta. Sy sayang isteri saya sebab tu sanggup korbankan kerjaya saya di Melaka yang tengah TOP masa tu. bagi saya untuk dapat sesuatu saya perlu korbankan sesuatu. Disini dibumi sabak bernam ini, saya bawa pengalaman dan ideologi saya. Saya cipta dan buat semua yang sy nak lakukan. Bagi saya, kalau kita bagus..dimana pn kita berada pasti kita akan mampu mencipta sejarah kita sendiri. Bersyukur sangat sebab sy berjaya mencipta kejayaan demi kecemerlangan. Macam saya kata sebelum ini, hidup biar berbakti pada orang, percayalah suatu hari nanti kita pasti balasan Allah yang sebaiknya. Ada dugaan ada musibah ada halangan dan ada jugak yang akan benci kita kerana kita berjaya. Tetapi itu bukan alasan untuk kita menjadi lemah dan tidak berdisiplin. Ayuh teruskan cipta sejarah kita sendiri. Biar kita telah tiada nanti, orang akan kenang kebaikan kita. Walaupun hidup ini hanya sementara, tp tu bukan alasan untuk tidak berusaha. Allah suka orang yang bersangka baik dan berfikiran positif. Guru yang HEBAT akan melahirkan murid yang HEBAT jugak. Tu prinsip saya. Terima kasih semua yang menyokong karier saya. Saya hanya manusia biasa yang ada kelemahan juga. Keep it up and dont give up yea....Gambar di bawah di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 di MAEPS Serdang Selangor bersama staf PSIS yang turut sama saya cemerlang. Ini adalah batch saya yang sama2 buat program dengan saya.Bersatu kami lebih HEBAT dan terus CEMERLANG.

























Thursday 14 April 2016

Diari kerja: Kategori Projek KIK yang ada


Kategori KIK

Terdapat dua (3) kategori persembahan projek yang boleh dibentangkan, iaitu Kategori
Pengurusan dan Kategori Teknikal.

1. Kategori Pengurusan

Kategori Pengurusan ialah projek yang berkaitan dengan hal-hal pentadbiran atau
sistem prosedur kerja. Contohnya, penggabungan borang permohonan, lesen komposit,
pengenalan borang baru, pelaksanaan prosedur kerja baru, pengenalan sistem kerja
baru atau pengubahsuaian sistem lama kepada sistem baru yang boleh menjimatkan
masa, meningkatkan kepuasan hati pelanggan serta faedah-faedah lain.

2. Kategori Teknikal

Kategori Teknikal ialah projek yang menggunakan bidang pengetahuan yang tertentu
seperti kejuruteraan, seni perusahaan (industrial arts), dan sains gunaan (applied
science). Masalah projek yang dikenalpasti dan telah diselesaikan oleh kumpulan
adalah berhubung kait dengan bidang yang tersebut ini. Cadangan yang dikemukakan
dan dilaksanakan juga adalah dalam bidang yang sama. Contoh projek teknikal ialah
penciptaan peralatan baru, pembangunan sistem computer atau perisian computer,
perubahan dalam penggunaan bahan atau komponen kimia dan perwujudan kaedah
teknikal baru.

3. Kategori Hybrid

Projek KIK Hybrid adalah merupakan projek yang melibatkan dua (2) atau lebih kementerian/
jabatan/agensi. Gabungan beberapa kementerian/jabatan/agensi ini akan melaksanakan
projek KIK yang melibatkan isu/masalah/perkara yang berkaitan di antara kementerian/jabatan/agensi terlibat.
Objektif KIK Hybrid adalah untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat
(kos rendah, "value" meningkat). Contoh Projek KIK Hybrid :
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor + Syabas = I-News (Pengurusan Projek  Luar Bandar)
 Kalau ikutkan bulan 7 nanti akan diadakan konsvesyen KIK di Kuala Terengganu. Nanti penglibatan PSIS buat kali pertama. Semoga sentuhan pertama memberi impak kepada wakil kumpulan kik yang terbaik. Cayok2. As penyelaras saya hanya memberi support dan memberi ruang dan cara untuk menjayakannya. Terbaik.