Pages

Thursday 24 July 2014

Highway Code In Malaysia

Road signs in Malaysia are standardised road signs similar to those used in Europe but with certain distinctions.






Wednesday 23 July 2014

Slope Stabilization


https://drive.google.com/file/d/0B5kfGK-9q0sIYUQ2X1ZSV0o5am8/edit?usp=sharing

Tuesday 22 July 2014

Rancang Perjalanan Untuk Balik Raya

Wow... raya datang lagi..makin banyak lagu-lagu raya berkemundang. Suasana macam ini memberi inspirasi kepada semua orang untuk semangat hendak beraya. Bahkan makin menyentap emosi sesetengah orang bagi mereka yang sedang berjuang untuk hari-hari terakhir Ramadhan. Kepada yang tidak dapat cuti awal, pasti akan resah menghadapi kesesakan lalu lintas yang xterjangkau. Mana tidaknya manusia dari segenap sudut Malaysia pulang ke kampung masing-masing. Kalau selalunya 5 jam..boleh jadi 8 jam..xkira la yang balik ke pantai timur, ke utara mahupun ke selatan tanah air. Tips sebelum memulakan perjalanan sebelum balik raya:

1) Periksa kenderaan anda, pastikan roadtax hidup. Servis kereta anda, pastikan ianya betul-betul dalam keadaan yang mantap dan selesa untuk perjalanan.
2) Semak jadual perjalanan dari pihak plus. Rancang perjalanan dengan bijak.



3) Sediakan bekalan makanan dan minuman yang cukup, jika tersepit di dalam kesesakan. Ada makanan segera boleh dimakan dikala untuk berbuka puasa nanti. Cthnya air tin, air mineral, keropok, biskut atau jajan.

4) Sediakan 3 ke 4 botol kosong dan sebotol air paip untuk kecemasan. Mana la tahu hendak terkucil di tepi highway. Semua ini akan membantu. Huhu..bawak sekali kain batik sehelai untuk cover line..hee.
5) Pastikan tayar spare di dalam bonet dalam keadaan baik. Pastikan angin cukup dan boleh digunakan.
6) Pastikan ada no talian insurans seperti Etiqa, Prudential, AIG dan lain-lain. Sebabnya jika berlaku kemalangan. Ada no tow truck untuk dihubungi. Kita pengguna kan dilindungi insurans. jadi gunakanlah.

7) Pastikan kereta anda tidak membawa lebih muatan. Ini bagi mengelakan penggunaan lebih minyak semasa memandu. Lagi boleh jimat, kita jimatkan.

8) Pastikan membawa DVD, VCD dan MP3 lagu raya. Takut nanti anak-anak kebosanan.
 
9) Jangan berhenti di lorong kecemasan kecuali berlaku kecemasan.

10) Berhenti rehat di R&R atau Hentian Sebelah sekiranya anda berasa mengantuk
 
11) Pastikan kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go anda mempunyai baki yang mencukupi untuk perjalanan anda
 
12) Jangan memandu di lorong kecemasan kecuali diarahkan oleh polis
 
13) Jangan mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat
 
14) Patuhi had laju yang ditetapkan
 
15) Pakai tali keledar
 
16) Hormati had anda dan had kemampuan kenderaan anda.Pandu dengan berhemah pada setiap masa

Saja nak kongsikan apa yang berlaku dipersekitaran kita pada Aidilfitri nanti. Tak terlepas juga untuk diri sendiri. Kita renung-renungkan apa amalan yang biasa kita buat semasa raya:


  • Bermaaf-maafan serta bersalam salaman. Ziarah menziarahi sanak saudara yang sudah lama tidak jumpa. saudara belah ayah..saudara belah mak.
  •  
  • Mohon ampun kepada ayah bonda. Rutin biasa semasa raya. Bersalaman antara adik beradik.
  • Bergembira di Aidilfitri sebab dapat berkumpul dengan semua adik beradik. Dapat berjumpa kawan-kawan semasa kecil dahulu.
  •  

  • Meramaikan Solat Fardhu Subuh berjemaah di pagi Syawal.
  •  

  • Menghidupkan malam Hari Raya dengan memasak ketupat, lemang dan dodol.
  •  

  • Disunatkan makan sebelum Solat Aidilfitri.

  • Solat Sunat Aidilfitri.
     
  • Mandi Sunat Aidilfitri sebelum pergi solat aidilfitri.
  •  
  • Memakai pakaian cantik dan melaram.
  •  
  • Memberi duit raya dan mendapat duit raya. Sedekah di bulan mulia.
  •  
Apa pun, semoga semuanya selamat sampai ke destinasi tujuan. Jom doa sebelum menaiki kenderaan. Mudah mudahan perjalanan kita diberkati.


Notes Chapter 2-Sambungan CC302


https://drive.google.com/file/d/0B5kfGK-9q0sIbGZaTlhRR1BBWGM/edit?usp=sharing

Notes Chapter 2- Preparation New Road CC302


https://drive.google.com/file/d/0B5kfGK-9q0sITEtWLTZUM0o4Zmc/edit?usp=sharing

Notes Chapter 1- History Highway CC302


https://drive.google.com/file/d/0B5kfGK-9q0sIQllSdS1pVHBPM2c/edit?usp=sharing

Curve Calculation


https://drive.google.com/file/d/0B5kfGK-9q0sIM0l4Zll1VVhoLUk/edit?usp=sharing

Traffic Phase Calculation


https://drive.google.com/file/d/0B5kfGK-9q0sISDRmNThRbjhyZkk/edit?usp=sharing

General Signboard


https://drive.google.com/file/d/0B5kfGK-9q0sIOEdXemdQV2R1Zzg/edit?usp=sharing

Airway History


https://drive.google.com/file/d/0B5kfGK-9q0sIRFNkTkRHaFVUQ2c/edit?usp=sharing

Notes Chapter 3- Junction / Interchages CC503


https://drive.google.com/file/d/0B5kfGK-9q0sIdlJSUzlQT214ZTA/edit?usp=sharing

Another Chapter 2-Geometry Design-CC503


https://drive.google.com/file/d/0B5kfGK-9q0sIMWN0aGZwdVZGN00/edit?usp=sharing

Notes Chapter 1- CC503


https://drive.google.com/file/d/0B5kfGK-9q0sIWDdtaDFNWDhGSWM/edit?usp=sharing

Notes Chapter 2- Geometry Design


https://drive.google.com/file/d/0BwBX765TSq5_QUJvTlNEX05ETFk/edit?usp=sharing

Monday 21 July 2014

Selamat hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga


Tips sebelum balik rayer...

Sememangnya Hari Raya merupakan hari yang "penting" bagi semua orang ISLAM bagi meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa..namun dalam kesibukan masing2 menguruskan persiapan raya, disini disertakan beberapa TIPS yang boleh membantu kowg semua sebelum dan selepas balik raya:

Untuk Keluarga:
1) Buat senarai "check list" barang2 yang akan dibawa balik cthnya
    No.           item                     bilangan
     1       baju melayu                   1
     2       stokin                             2
     3       tudung                            4
     4       tuala                               2
     5       kasut                               2

List ini hendaklah di asingkan mengikut bilangan ahli keluarga: Ayah..ibu..abang..adik..along..dll
Kenapa?? sebabnya setiap orang pasti akan terlupa atau terlepas pandang..lagi2 sebelum balik raya..

2) Pastikan semua kelengkapan elektrik dirumah "switch off" kecuali peti ais. Ini bagi mengelakan short circuit dan mengurangkan pembaziran tenaga elektrik. Switch off dan cabut plug yea...

3) Pastikan tutup dan cabut kepala gas di dapur. Ini bagi mengelakan ada kebocoran gas.

4) Memberitahu jiran sebelah rumah berapa hari kita balik kampung. Tinggalkan nombor telefon kepada jiran. Sebaik-baiknya lapor kepada pihak Polis. Ini penting bagi mencegah aktiviti "PEcah Rumah", "kecurian" mahupun "rompakan" sekali lalu. Peringatan kepada semua: Bertegur sapa dengan jiran sebelah supaya diaorang kenal kita, dan boleh tgk tgkn rumah kita bila kita tiada. Yang ada CCTV tu pastikan semuanya berfungsi dengan baik yea..
5) Kemas rumah siap2 sesuai dengan suasana raya supaya bila balik nanti, semuanya dah settle. Jika ada tetamu hendak datang, just buat air sahaja sebab semuanya dah tersedia.
6) Baca doa dan ayat kursi sebelum keluar rumah. Mintak doa dengan Allah untuk pelihara keselamatan rumah dari bencana. Baca doa perjalanan juga yea, supaya selamat sampai ke kampung...JOM ikut saya balik ke kampung..di Johor..hee

7) Jika yang ada kereta atau motosikal lebih dari 2. Pastikan kuncinya di bawa bersama ke kampung atau pastikan ianya di simpan di dalam peti besi. Untuk motosikal pula, pastikan ianya di simpan di dalam rumah atau simpan di rumah sedara mara atau simpan di balai polis. Ini semua adalah untuk keselamatan kenderaan daripada di curi.
 

8) Pastikan juga pintu pagar, pintu rumah dikunci dengan pad-lock atau mangga besar untuk lebih selamat. Sendalkan kayu untuk pintu sliding door di dalam rumah. Ini penting untuk mengelakan pintu sliding door daripada di umpil begitu sahaja.


9) Simpan semua barang kemas seperti emas, cincin, gelang, rantai, dan aksesori lain seperti laptop di tempat tersembunyi. Ini penting bagi mengurangkan tarikan pencuri untuk pecah masuk rumah anda.Jika masih takut, simpan sahaja di bank atau balai polis berdekatan.
 
10) Bila nak balik dari kampung nanti, step 1 boleh diulang untuk menyemak barang2 yang kita dah bawa ke kampung supaya tidak tertinggal.

Untuk pelajar:

1) Buat senarai "check list" barang2 dan buku yang akan dibawa balik cthnya
    No.           item                     bilangan
     1       pembentangan bi              1
     2       tugasan matematik            2
     3       tutorial highway               1
     4       buku geoteknik                 2
     5       kasut raya                         2

List ini hendaklah di asingkan mengikut bilangan subjek: Math, agama, english dll
Kenapa?? sebabnya setiap orang pasti akan terlupa atau terlepas pandang..lagi2 sebelum balik raya.. ("macam mn bawak balik, macam tu la nanti masa nak balik nanti..xusik pn" niat kena ada..hee)
2) Bawak balik semua peralatan atau barangan berharga dari rumah sewa atau hostel. Sebabnya utk mengelakan sebarang kecurian semasa balik kampung.

3) Mintak maaf siap2 dengan kawan serumah, kawan sebilik...yelar..dah ari2 bergaduh...supaya balik raya nanti..jiwa kowg..kosong kosong
4) Ulang step 1 untuk memastikan buku dan item yang di list td dibawak balik..supaya tidak jadikan alasan tertinggal kat kampung.


Begitulah tips ringkas dari saya, Raya raya jugak...naik cuti raya ini semua benda menanti. Ujian, hantar laporan makmal, hantar tugasan dan menyiapkan slide pembentangan.

Semoga raya kita kali ini lebih baik dari tahun sudah. Mudah-mudahan Allah bantu kita utk sampai dengan selamat pulang ke kampung. Berhati-hati kita di jalan raya...selamat berziarah sanak saudara.. ziarah kawan-kawan dan kekasih lama..hee..Selamat Hari Raya Semua...Maaf ler...

Friday 18 July 2014

Jerman Juara Piala Dunia 2014

Piala dunia kali ini menyaksikan..dramatiknya.. pasukan-pasukan hebat bermain menggunakan skill dan teknik yang terbaik. German mmg dari awal sudah dijangka akan ke final memandangkan pencapaian mereka dalam setiap pertandingan. Kemenangan demi kemenangan menunjukkan mereka sangat komited dalam mengejar gelaran kali ke 4. Apa yang menakjubkan di sini, rata-rata pemain German mampu menjaringkan gol. Jadi agak sukar pasukan lawan untuk mengawal ketat pemain yang ada. Berbanding pasukan lain seperti Argentina, apabila dikawal ketat..Argentina buntu mencari penyudah.. Apa pun piala dunia telah berlalu..satu fenomena baru telah berlaku..juara dunia 4 tahun lepas Spain jatuh ke tangga ketujuh. German buat pertama kali memegang status pasukan no 1 dunia...

Kekejaman zoionis ISrael dikejam hebat pada masa yang sama sbb menyerang Palestin tanpa rasa ihsan. Tidak puas lagi mereka rasanya membunuh orang islam di situ..sbbnya mereka mmg ingin mengambil terus Palestin menjadi negara ISrael..itulah impian mereka kn..

Semoga allah memberi kekuatan kepada orang ISlam untuk mempertahankan tanah suci para nabi itu. Mudah mudahan dunia sedar bahwa..menuduh...membunuh itu salah..diaorang buat tidak mengapa..tp bila dibalas dikata sebagai pengganas..pelik pelik tul akhir zaman ini kan?? Siapa la kita untuk bersuara tanpa kuasa dan senjata..Semoga allah pelihara Malaysia..Amin....