Pages

Tuesday 30 June 2015

Diari Khidmat Masyarakat: PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK DAN BERBUKA PUASA DI RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM, SEKENDI, SABAK BERNAM, SELANGOR



Terdapat pelbagai bentuk Program CSR dapat dilaksanakan dalam usaha
 merapatkan hubungan siratulrahim di antara pihak Politeknik  dan 
komuniti setempat. Terdapat pelbagai bentuk Program Aktiviti Kebajikan
 dapat dilaksanakan dalam 
usaha merapatkan hubungan siratulrahim di antara pensyarah, pelajar, 
Anak Yatim dan Ahli Kelab Belia Era Baru (MAYC)
Program Memasak  Bubur Lambuk dan Berbuka Puasa Bersama 
Rumah Anak Yatim ini 
 berbentuk program gotong royong memasak dimana dalam program ini, 
 mengalu-alukan penglibatan pelajar dan pensyarah supaya terbabit 
dalam menjalankan kerja-kerja amal melalui sumbangan masa, 
kepakaran memasak dan tenaga secara sukarela bersempena bulan 
Ramadhan yang mulia.Memberi peluang dan membantu pelajar 
dan pensyarah JKA untuk meningkatkan hubungan baik sesama mereka.

Program ini telah bermula seawal jam 12.00 tengahari dan berakhir 
lebih kurang jam 10.00 malam. Program ini telah dirasmikan oleh 
YB Tuan Haji Kamarul Zaki Bin Abdul Malik , Adun Sg. Air Tawar. 
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan iaitu:
       i.          Penyediaan bahan mentah
     ii.          Penyediaan tempat
    iii.          Memasak bubur lambuk
    iv.          Memasak juadah berbuka puasa dan moreh
      v.          Majlis Berbuka Puasa
    vi.          Solat Terawih dan Moreh
  vii.          Kebersihan kawasan

Sepanjang program dijalankan, makanan telah disediakan oleh 
 pihak politeknik dan ahli MAYC. Makanan dimasak secara rewang. 
Kaedah ini telah mengeratkan hubungan silatulrahim antara penghuni
 anak yatim, belia ,pelajar-pelajar dan staf politeknik. Makanan yang 
siap dimasak juga telah dihidangkan dan semua yang terlibat makan
beramai-ramai.

Keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif yang dirancang. 
Moga program seumpama ini dapat dilakukan pada masa hadapan.










Diari Khidmat Masyarakat:GOTONG ROYONG PERDANA BERSAMA LEMBAGA SURAU TAMAN PANGLIMA PAK, SERKAM MERLIMAU MELAKA

         
Tarikh                              : 12.02.2012 (Ahad)
Tempat                            : Perkarangan Surau, Taman Panglima Pak, Serkam
Peserta                           : 30 Orang Pelajar Semester 6, Jabatan Kejuruteraan Awam
Penasihat Program         : Tn Hj Abdul Aziz Bin Abu Bakar, Ketua Jabatan, JKA
Pengarah Program         : En Saiful Bahari B. Moha Rasid
AJK Teknikal Program    : En Anuar B Nordin,En Hassan B Ismail, En  Anuar Bin Ismail , Cik Jusmine Valarie, En Rahim Bin Ishak, Cik Norzainariah Binti Abu Hassan, 
Cik Haslinda Binti Amir Hassan, Cik Haliza Binti Ab. Karim dan Pn. Nur Alwani Binti Abd. Latiff
  JK                  : Lembaga Pengurusan Masjid & Surau Taman Panglima Pak, DUN Serkam

Tentatif Program.

8.45pg          - Perasmian Program oleh YB ADUN Serkam, Y.B Datuk Hj. Ghazale bin Muhamad merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal   Ehwal Agama,Tanah, Kewangan & Perancang Ekonomi
-        100 org Peserta pelajar Politeknik,Melaka (PMk), Pensyarah dan Lembaga Surau Taman Panglima Pak & Penduduk Setempat
-        Agensi lain yg terlibat ialah Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) & Southern Waste Managemant (SWM), Persatuan Belia MAYC Taman Panglima Pak
-        Majlis gotong royong akan bermula jam 10.00 pg & dijangka  tamat pada jam 3 ptg

9.15 pg         - Bersarapan bersama YB ADUN SERKAM & Penduduk setempat
10.00 pg       - Kerja-kerja Gotong Royong Perdana  :
-        Menyimen lantai tempat memasak,
-        Mengecat pagar luar surau dan dindng bangunan surau
-        Kerja-kerja pembaikan paip dan kerja pertukangan kayu
-        Pembersihan dalam dan luar bagunan surau
-        Bahan luak aktiviti ini adalah sumbangan seorang Hamba Allah
-        Makanan pelajar menggunakan peruntukan PMK yg dipohon
-        Makan & minum pensyarah dan penduduk setempat adalah sumbangan daripada seorang Hamba Allah
-        Peralatan aktiviti sebahagiannya menggunakan peralatan PMK spt cangkul, tukul, gergaji, pipe wrench, wheelbarrow dll.
-        Peralatan yg dipinjam akan dikumpul semula selepas aktiviti selesai.
2.30 ptg        - Majlis Penutup oleh Wakil Pengarah PMK, En Mohd Ariffin Bin Aman, Timbalan Pengarah, PMK
3.30 ptg        - Pembersihan Kawasan Surau
4.00 ptg        - Bersurai