Pages

Wednesday 16 December 2015

Diari Kerja: Program CSR di Pekan Pt Baru

PROGRAM CSR BERSAMA KOMUNITI JKKKP PARIT BARU PEKAN DAN KELAB BELIA

TARIKH: 13 Disember 2015
MASA: 8:30 pagi hingga 1:00 petang
TEMPAT: PT BARU PEKAN


Seramai 15 orang pelajar Dip. Kej. Awam dan Dip. Alam Sekitar PSIS bersama 7 orang pensyarah telak melaksanakan CSR iaitu Gotong royong membersih & membaik pulih bangunan terbiar.

Bangunan yang telah dibaik pulih ini akan digunakan sebagai bilik aktiviti JKKKP Parit Baru Pekan & Kelab Belia Era Baru.
Majlis gotong royong bersama penduduk kampung Pt. Baru Pekan ini telah dirasmikan oleh YB Kamarul Zaki Bin Hj. Abd Malik dan turut serta Pengerusi JKKKP Parit Baru Pekan iaitu Noor Asmadi Bin Mohd Yahya.

Program CSR ini juga disertai oleh Kelab Rukun Tetangga dan Kelab Belia Era Baru dan org kampung.Turut terlibat sama adalah Pegawai Sukarelawan PSIS iaitu En Zainal Anuar b Bakri.
























Diari Kerja: Kursus KIK

Tarikh: 8 Disember 2015
Tempat: Bilik Seminar ULPL

Seramai 40 orang peserta kursus terlibat dalam pembentukan kumpulan inovasi kreatif bagi setiap jabatan. Kursus ini bertujuan untuk menggalakan kumpulan pensyarah untuk membuat inovasi bersama dalam bentuk KIK. Diharapkan usaha ini dapat memberikan peluang dan kebaikan kepada pensyarah, kumpulan pentadbiran dan pengurusan dalam usaha untuk menghasilkan sesuatu yang berbentuk inovasi sama ada berbentuk teknikal atau pengurusan. Jabatan yang terlibat adalah JKA, JKE, JPH, JP, JTMK, JPA, JMSK. Perancangan akan menganjurkan satu Konvesyen KIK peringkat negeri Selangor pada bulan Mei 2016. Diharapkan semua kumpulan yang terlibat dapat menyiapkan semua kerja yang diberikan dengan sempurna.