Pages

Wednesday, 25 February 2015

Segmen ilmu: TIPS UNTUK TEST 1-HIGHWAY ENGINEERING

1. Definition of flexible and rigid pavement
2. Flexible pavement sketching
3. Function each layer
4. How to construction
5. Material used in construction
6. Advantages
7. Types of rigid pavement- JPCP, JRCP, CRCP
8. 9 step construction
9. Advantages and disadvantages
10. Function each layer
11. Material used
12. Type of bitumen
13. Type of aggregate

GOOD LUCK

Wednesday, 18 February 2015

Makluman: Aireen Erina...Novel ke 3...Jom Baca..




Untuk pre-order...layari...http://mall.karangkraf.com/products/MAMA,-DIA-SAYA-PUNYA!-(Pre-Order)/4153


Buku ini akan terbit! Jadilah orang pertama memilikinya hari ini! 
Anda kini boleh membuat pembayaran awal untuk booking buku/ novel favourite anda. Tawaran diskaun 20% untuk pre-order. Kami akan membuat pengeposan apabila ianya terbit dipasaran.

PERHATIAN!

Buku PRE ORDER bermaksud buku akan/masih dalam proses pencetakan. Pembelian buku-buku PRE ORDER anda akan diposkan sesudah selesai dicetak dalam masa 2-4 minggu(akan diberitahu kelak). Kami syorkan anda mengasingkan pembelian PRE ORDER dengan pembelian buku stok sedia ada agar dapat mempercepatkan proses penghantaran buku-buku pesanan yang sudah ada di pasaran. Harap maklum.



SINOPSIS

Izma Huda –  Seorang pensyarah kolej yang sukar untuk jatuh cinta. Kehadiran Firdaus telah berjaya membuka pintu hatinya untuk mengenali lelaki itu. Tatkala mereka bersulam kasih dan tiga minggu lagi akan diijabkabulkan, hati gadis itu luluh. Sanggup mamanya, Hasmina menjadi perosak hubungan mereka. Lebih sakit apabila Firdaus menikahi mamanya!

Nazhan Nizar – Nekadnya untuk menawan hati Izma Huda yang sedingin ais di kutub tidak pernah pudar. Akhirnya, dia berjaya menghangatkan kembali perasaan Izma Huda yang sudah lama dingin.

Namun, halangan demi halangan muncul dalam hubungan mereka. Siapa yang menjadi angkara? Hasmina lagikah? Atau gara-gara Kaz, teman serumah Nazhan? Jika benar, mengapa?  Kemuncaknya, Nazhan Nizar ditahan polis pada hari pernikahan mereka. Izma Huda merasakan nafasnya seakan terhenti. Apabila terlerai teka-teki, muncul pula Alya cuba merampas kebahagiaan mereka. Siapa pula Alya?  Mengapa begitu dalam dendamnya pada Nazhan?

Thursday, 12 February 2015

Segmen Kemahiran: PSIS Build & Break Competiton 2015




PSIS buat kali kedua menganjurkan Pertandingan Build & Break. Jadi Jom join...terbuka kepada 10 kumpulan terawal sahaja untuk DKA, 5 kumpulan untuk DAS dan 5 kumpulan untuk DSB. Tarikh akhir pendaftaran adalah 3 Mac 2015. Boleh rujuk saya atau En Zaiyad. Terima kasih.

Segmen ilmu: Assignment 1-CC302-sesi dis 2014


https://drive.google.com/file/d/0B5kfGK-9q0sIOS11eGdZZVozQnc/view?usp=sharing

Monday, 2 February 2015

Makluman: Seminar ENVIRO 2015


JEMPUTAN MENYERTAI SEMINAR PENYELIDIKAN ENVIROPOLY 2015 PERINGKAT KEBANGSAAN

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor dan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) akan mengadakan Seminar Penyelidikan Enviropoly 2015 dalam mendokong dasar teknologi hijau kebangsaan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dan mengalakkan penggunaan meluas teknologi hijau.  Objektif seminar penyelidikan ini adalah untuk memperkasakan penyelidikan dalam semua aspek terutamanya pembangunan teknologi hijau dan meningkatkan daya saing dalam teknologi hijau di persada antarabangsa oleh warga penyelidik, akademik dan industri dalam memuliharakan alam sekitar.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah dijemput untuk menyertai seminar ini yang akan diadakan pada ketetapan berikut;

        Tarikh    : 10 – 11 Jun 2015
        Tempat  : Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor
        Tema     : “MEMPERKASAKAN PENYELIDIKAN KE ARAH KECEMERLANGAN HIDUP”

Maklumat mengenai seminar penyelidikan EnviroPoly 2015 ini boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang http://jtmk.psis.edu.my/upi_psis/enviroPOLY . Borang penyertaan seminar ini boleh diperolehi daripada laman sesawang tersebut. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara berkaitan, sila hubungi Dr. Abu Zarrin bin Selama(03-32806302 /0195793208), atau Pn. Mazlina bt Jamaludin (03-32806373 / 0195900673) atau Cik Zaluna binti Basirun (013-7687353).

Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



email: enviropoly@psis.edu.my

Segmen Ilmu: Assignment 1-CC503 Traffic Engineering Sesi Dis 2014


https://drive.google.com/file/d/0BwBX765TSq5_Q0RwejJ6cEZtamM/view?usp=sharing