Pages

Monday, 22 August 2016

Diari Kerja: Green Studio by JKA,JKE and COT with Collaboration with industry.

Bagai cerita dongeng sebenarnya, sebabnya bagaimana terlintas di fikiran kjka masa tu untuk membina rumah atau bangunan sendiri. Mampukah staf dan pelajar di sini untuk buat kerana banyak perkara perlu difkirkan dari segi kos, masa, bahan mentah dan komitmen semua pihak.

Saya diamanahkan untuk membuat kertas kerja bagi program ini. Sepatutnya orang lain, tetapi atas banyak faktor, saya bantu utk memulakan kerja ini. Masa jangkaan program ini adalah sebulan pada dasarnya tetapi bergantung kepada budget yang ada dan masa perancangan.

Alhamdulillah, walau pelbagai rintangan, Green Studio ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Kita tunggu masa perasmian ini nanti. Ada sedikit lagi kemasan yang perlu dilakukan agar kelihatan lebih cantik dan sempurna. Terima kasih semua pihak yang membantu dalam usaha merealisasikan cita2 JKA untuk menerajui pembinaan berasaskan GREEN dan sustainable.

Program  ini adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak kurikulum yang menetapkan ilmu pengetahuan, kemahiran praktikal dan nilai-nilai kemahiran kerja sebenar yang  perlu  disepadukan bagi mencapai tujuan program. 

Terbahagi kepada beberapa fasa asas iaitu:


                      i.        Kerja ukur dan pemancangan tanda
                     ii.        Pembersihan tapak dan pengorekan
                    iii.        Kerja pemadatan tanah
                    iv.        Perletakan dan pemadatan crusher run









                     v.        Kerja pembinaan konkrit lantai –
- Kerja asas tapak
- pemasangan geotextile
- pemasangan geo membrane DCM










                    vi.        Pemasangan bata lego












                   vii.        Pemasangan tingkap dan pintu




                  viii.        Pemasangan kerangka bumbung












                    ix.        Pemasangan siling






                     x.        Pemasangan bumbung








                
                   xi.        Pemasangan sinki dan kerja paip






                  xii.        Pemasangan tile










                 xiii.        Pemasangan sumber kuasa socket,lampu, meter watt dan solar panel










Lawatan dari pelbagai pihak turut sama memberi sokongan









Latest view