Pages

Wednesday, 5 September 2012

kemerdekaan sebenar dalam Islam


Perhatikan baik-baik, bahawa kemerdekaan sebenar dalam Islam adalah bilamana kita bebas dari menjadi hamba kepada manusia dan makhluk lain (termasuk harta, duit, kerjaya, organisasi, fikrah, ideologi dan sistem), untuk menjadi hamba kepada Allah SWT semata-mata. Kemerdekaan dalam Islam bukanlah kemerdekaan mutlak sepertimana fahaman barat, tetapi adalah dengan berlaku adil kepada diri kita untuk menjadi hamba kepada Allah SWT.
Ironinya, selagi kita menjadi hamba kepada Allah SWT, kita adalah seorang yang merdeka. Pada saat kita tidak lagi meletakkan diri kita sebagai hamba Allah SWT, maka kita hilang kemerdekaan dan kebebasan kita, kerana kita telah jatuh dan merendahkan diri kita menjadi hamba kepada makhluk yang lain. Harga kemerdekaan kita, adalah pada nilai kehambaan kita kepada Allah SWT. Apabila kehambaan (‘ubudiyah) kita bulat kepada Allah SWT, kita sedang mengangkat harga diri kita tinggi mengatasi ketundukan kepada yang lain.

0 comments:

Post a Comment