Wow... raya datang lagi..makin banyak lagu-lagu raya
berkemundang. Suasana macam ini memberi inspirasi kepada semua orang untuk semangat hendak beraya. Bahkan makin menyentap emosi sesetengah orang bagi mereka yang
sedang berjuang untuk hari-hari terakhir Ramadhan. Kepada yang tidak dapat cuti awal, pasti akan resah menghadapi kesesakan lalu lintas yang xterjangkau. Mana tidaknya manusia dari segenap sudut Malaysia pulang ke kampung masing-masing. Kalau selalunya 5 jam..boleh jadi 8 jam..xkira la yang balik ke pantai timur, ke utara mahupun ke selatan tanah air. Tips sebelum memulakan perjalanan sebelum balik raya:
1) Periksa kenderaan anda, pastikan roadtax hidup. Servis kereta anda, pastikan ianya betul-betul dalam keadaan yang mantap dan selesa untuk perjalanan.
2) Semak jadual perjalanan dari pihak plus. Rancang perjalanan dengan bijak.
3) Sediakan bekalan makanan dan minuman yang cukup, jika tersepit di dalam kesesakan. Ada makanan segera boleh dimakan dikala untuk berbuka puasa nanti. Cthnya air tin, air mineral, keropok, biskut atau jajan.
4) Sediakan 3 ke 4 botol kosong dan sebotol air paip untuk kecemasan. Mana la tahu hendak terkucil di tepi highway. Semua ini akan membantu. Huhu..bawak sekali kain batik sehelai untuk cover line..hee.
8) Pastikan membawa DVD, VCD dan MP3 lagu raya. Takut nanti anak-anak kebosanan.
10) Berhenti rehat di R&R atau Hentian Sebelah sekiranya anda berasa mengantuk
11) Pastikan kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go anda mempunyai baki yang mencukupi untuk perjalanan anda
12) Jangan memandu di lorong kecemasan kecuali diarahkan oleh polis
13) Jangan mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat
14) Patuhi had laju yang ditetapkan
15) Pakai tali keledar
16) Hormati had anda dan had kemampuan kenderaan anda.Pandu dengan berhemah pada setiap masa
Saja nak kongsikan apa yang berlaku dipersekitaran kita pada Aidilfitri nanti. Tak terlepas juga untuk diri sendiri. Kita renung-renungkan apa amalan yang biasa kita buat semasa raya:
- Bermaaf-maafan serta bersalam salaman. Ziarah menziarahi sanak saudara yang sudah lama tidak jumpa. saudara belah ayah..saudara belah mak.
- Mohon ampun kepada ayah bonda. Rutin biasa semasa raya. Bersalaman antara adik beradik.
- Bergembira di Aidilfitri sebab dapat berkumpul dengan semua adik beradik. Dapat berjumpa kawan-kawan semasa kecil dahulu.
- Meramaikan Solat Fardhu Subuh berjemaah di pagi Syawal.
- Menghidupkan malam Hari Raya dengan memasak ketupat, lemang dan dodol.
- Disunatkan makan sebelum Solat Aidilfitri.
- Solat Sunat Aidilfitri.
- Mandi Sunat Aidilfitri sebelum pergi solat aidilfitri.
- Memakai pakaian cantik dan melaram.
- Memberi duit raya dan mendapat duit raya. Sedekah di bulan mulia.
-
Apa pun, semoga semuanya selamat sampai ke destinasi tujuan. Jom doa sebelum menaiki kenderaan. Mudah mudahan perjalanan kita diberkati.
0 comments:
Post a Comment