Pages

Monday, 29 September 2014

Diari: Fokus...Perlu ker?

Assalamualaikum semua...musim musim hendak menghampiri peperiksaan ne, macam macam perkara kena diselesaikan. Tidak gitu...Pastikan semua kerja yang tertangguh dapat diselesaikan mengikut masa yang ada. Para pelajar sibuk untuk melunaskan tugasan, ujian, kuiz, report yang tertangguh..sebabnya dah kena leter berjuta kali supaya hantar semua itu selewat lewatnya minggu ne. Kalau tidak, maka 0 markah la jawabnya. Sepatutnya kalau semua tepati masa, hantar ikut masa ditetapkan, tidak timbul isu ini. Dah jadi kebiasaan, walau dimarah ker..disindir ker..tiada kesan untuk berubah. Bak kata pepatah mencurah air di daun keladi. Lalu macam tu jek..ermmm.. Sabar jelar..
So..mari kita kembali kepada asal..kembali fokus....jangan leka yea...

Macam ne boleh kan...

jom kita...stay focused

Baik kita saling pesan memesan...tidak gitu...

insyallah...




Monday, 22 September 2014

Diari: Kenapa perlu ada matlmat?

Setiap orang dilahirkan di dunia ini mempunyai matlamat. Allah jadikan kita insan supaya kita taat dan beribadah kepadaNya. Namun di dalam kita mengejar matlamat kita terdapat banyak kekangan, sama ada kekangan itu datang atau wujud tanpa kita undang. Perlukah kita mempunyai matlamat?? Apa gunanya matlamat? Ada orang kata, hidup ini macam arus air di sungai, kita biarkan jek dia mengalir tanpa arah asalkan tidak tersesat jauh. Ada orang kata hidup ada matlamat atau tidak, tiada bezanya sebab qada dan qadar itu dh ada. Jadi jangan risau, sbb semua memang dah ketentuan tuhan.


Ideologi yang malas ini sangat bahaya kerana meresesap masuk ke jiwa generasi sekarang kerana rata-rata anak zaman sekarang ibu bapa nya sudah hidup selesa. Apa yang mereka hendak boleh dapat dengan senang tanpa perlu berusaha lebih. Ada yang datang belajar pun sebab ibu bapa suruh bukan kerana ilmu dan kepentingannya kepada diri tetapi lebih kepada terpaksa.

Kebanyakan hari ini pelajar ke kelas sebab tiada matlamat? Tidak jelas matlamat dan tidak mahu faham matlamat. Bagi mereka apa yang penting, datang kelas, sembang2 dan balik. Touch and you go. Ilmu yang disampaikan di ambil mudah dan tidak kisah. Sebab merasakan ilmu yang dibelajar hanya untuk peperiksaan. Bukan untuk diri itu jadi bijak pandai. hairan kan? Saya tidak kata semua macam itu. Tapi kebanyakan pelajar hari ini.

Marilah kita semua BERUBAH. TIME TO CHANGE. When you change your thinking, you change your mind, you change your attitude, you change your believe and you can change your expectation. That means, you can change everything when you change your mind. Rasanya kata2 ini dah berzaman digunakan. Tetapi memang benar kata2 keramat ini.


So, apa tunggu lagi. Jom kita berubah jadi insan yang lebih baik. Insan yang ada matlamat. Insan yang ingin berjaya di dunia dan akhirat. Belajar itu tidak susah kalau kita ada matlamat. Bina dan cipta matlamat diri sendiri mengikut corak yang kita hendak. Kita sambungkan matlamat kita selari dengan USAHA dan PENGORBANAN.

Bisik dalam diri sendiri setiap hari. Hari ini apa matlamat aku hidup. Apa yang aku akan lakukan. Apa lagi kerja yang belum aku selesaikan. Tulis dan simpan dalam hati ketat2 agak ia tersemat erat dalam jiwa naluri. Buang prasangka buruk terhadap sekeliling. Buang rasa rendah diri. Perbaiki kelemahan diri yang ada. Ingatlah, Allah sentiasa ada bersama kita. Positif dan beri peluang pada diri sendiri untuk berubah.

Setiap hari adalah hari baru untuk kita. Ingat tu...
so,

Semoga kita berjaya kejar matlamat hidup kita. Matlamat kita belajar dan matlamat kita semuanya.

Sebabnya, kitaran masa terus berlalu..
Jom kita ada matlamat...


Friday, 12 September 2014

Diari:Jangan suka mungkir janji...belajar untuk tepati masa...


Rasa macam hendak gugur jantung saya ne apabila kerja tugasan yang saya bagi sebulan lamanya. Baru hendak buat, buat kerja sambil lewa, sembang2..tidak tahu antara tanggungjawab, amanah..malah mungkir janji. Saya hairan, hendak kata sibuk sangat urus diri..xde anak..tidak kerja.. semua tidak...tetapi SANGAT MALAS...TIDAK BERTANGGUNGJAWAB...dan TIDAK RASA BERSALAH...

zaman kian berubah, saya tidak tahu la samada pelajar disini memang dilahirkan malas dan banyak alasan atau memang tidak minat belajar. Rasa dah xminat belajar tu baik berhenti jek. Dari sakitkan hati orang...Rasanya saya dah buat macam2 nk mudahkan pelajar ulangkaji...bagi nota online..semua online lagi..ajar tu update nota ikut level master lagi supaya pelajar lebih faham..Tapi kowang xhargai usaha saya..rasa macam sia-sia.

Jadi cikgu bukan mudah nak didik anak org kan? kalau ank sendiri saya dah cili mulut tu...sy dh cili tangan tu sebab xbuat keje..sbb MALAS...sy benci orang MALAS...

Terpulang pada kowg semua bila hendak berubah..saya xmampu hendak ubah org yang hatinya gelap. Tidak tepati janji...tidak berusaha..suka bertangguh..banyak alasan...

Cari kesalahan kami pensyarah mmg pandai..semua pensyarah xkena..walhal diri sendiri tidak berubah..tidak usaha..xkn kitaorang nk printkn nota kot..nak bg kt umah..nk suap semua??
Ne sistem IPTA la..kalau teruskan budaya tu..saya percaya kowg xkn kemana...xkn berjaya..
dahla xm pn meniru...

Ntahlah..saya rasa generasi hari ini mengambil mudah terhadap pentingnya pendidikan/ Saya tidak kata semua. Ramai jek pelajar yang sy dah didik berjaya. Tetapi kali ne..tahun ini memang cukup mencabar..

Berubah lah untuk diri sendiri. Belajar la untuk kejayaan diri sendiri. Tidak malu ke dengan ALLAH sbb selalu tipu diri sendiri. Ambil kesempatan di atas kebaikan orang lain.

Tahap Kesabaran setiap orang tidak sama. DOnt Brake My Heart, If Broken Consider Sold...

Hargailah usaha kami untuk melihat kowg berjaya....jangan rasa diri tu pandai sangat..kalau dah pandai sangat..g belajar kt universiti tu..jgn jd org yang sombong..tidak hormat pensyarah dan perasan diri tu baik sangat.

Belajar bersangka baik dengan guru dan org sekeliling. Allah suka org yang bersangka baik dan positif. Mudah-mudahan kowg buat sifat negatif tu..buang yang keruh ambil yang jernih. Moga2 Allah pelihara iman kita..jiwa kita.. Ilmu Allah ne sikit sangat..Hidup kita ne singkat sangat...
Jangan sia2 kan dengan perkara yang menyakitkan hati orang lain.

Semoga Allah panjangkan umur kita dan beri kita peluang untuk berubah untuk jadi lebih baik dan sempurna. Insyallah...

I Like to study...


Jangan kolot sangat..apabila pelajar rapat dengan pensyarah..dikata ada skandal..ada hubungan terlarang.. Hidup ini kita perlu sayang menyayangi orang lain tanpa sebab..sbb Allah sangat penyayang. Jangan berkira tentang betapa orang sayang kita tetapi kita xpernah kira berapa banyak kita sayang org lain.. Apabila kita sayang semua org..tidak akan wujud budaya berpuak-puak...budaya buat assignemnt dengan kwn yang sama jek... Kami pensyarah ne ada standard kami la...zaman skg zaman kena ADA DEGREE...ADA KERJAYA...ADA RUPA..baru boleh cerita lebih lanjut...Berkawan dengan kami..ceduk ilmu kami..ceduk strategi kami berfikir..strategi kami belajar.. bukan fikir negatif..macam diri tu bagus sangat...

Semoga kita semua lebih baik dari lepas. Past is past..


Baca doa...banyakkan solat sunat..Solat jemaah di masjid. Bersama kita jadi manusia beriman, positif, bersangka baik dan bijak.. Amin. Apabila kita ada aura positif, semua perkara akan jadi positif dan baik...

Segmen ilmu: Assignment 1 CC302


https://drive.google.com/file/d/0BwBX765TSq5_NG9Uajl6TTYxSFk/edit?usp=sharing

Sunday, 7 September 2014

Saturday, 6 September 2014

Segmen kemahiran: BUILD & BREAK COMPETITION 2014 PSIS



















































Alhamdulillah..Selesai sudah program sy nk buat sejak saya datang ke PSIS. 2 tahun sy disini, memberi saya kekuatan untuk berdikari sendiri untuk menganjurkan pertandingan seumpama ini wat julung kalinya. Matlamat utama sy adalah lebih kepada keseronokan belajar ilmu struktur, kerja berpasukan dan saling bersaing sesama sendiri secara sihat untuk berjaya. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Begitulah bak kata pepatah. Saya bangga sebab pelajar saya berjaya menyiapkan model jambatan dengan sempurna dan mampu tanggung beban lebih 1 kg. Usaha yang lebih kepada setiap pasukan bertanding dapat kita lihat hasilnya. Ilmu Allah ne terlalu banyak, xsalah kalau kita kongsi sama2. Dalam tempoh yang singkat, dan tekanan belajar masing2. Pelajar mampu berfikiran secara kritikal. Itulah tujuan saya sy guru..sebagai pencinta inovasi dan kreativiti. Sy kalau boleh, sy nak semua pelajar PSIS mampu berfikir secara kritikal dan bijak membuat keputusan. Menang dan kalah adat bertanding, cuma yang menang saya ucapkan Tahniah. Insyallah, harapan saya agar boleh wakil poli untuk pertandingan di masa akan datang. Semoga setiap ajk, pelajar dan kawan-kawan dapat manfaat dari program ilmiah seupama ini. Yg baik datang dari Allah, yg terkurang dari kelemahan saya sendiri. Terima Kasih semua..I LOVE STRUCTURE...I LOVE TO STUDY