Pages

Monday, 26 January 2015

Segmen kemahiran: Concrete Camp di Melaka...teringat masa tu..best sgt2..

Politeknik Melaka, 4 April 2012-6 April 2012. Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Melaka telah menganjurkan KEM KONKRIT DAN KHIDMAT KOMUNITI di Surau Al-Mubarak  Lorong Pandan Melaka. KEM KONKRIT DAN KHIDMAT KOMUNITI ini diketuai oleh En Anuar Bin Ismail dan disertai seramai 64 orang pelajar dan 10 orang pensyarah JKA yang  turut serta menjayakan program khidmat komuniti ini. Sehubungan dengan itu, ini adalah merupakan program yang kedua diadakan pada tahun 2012 ini bagi memberi khidmat komuniti dan meningkatkan kesedaran terutamanya dikalangan siswa dan siswi dalam membina asas bangunan bermula dari kerja pembersihan tapak, membuat kotak bentuk, pengorekan asas cetek dan penyediaan besi tetulang. Untuk kerja konkrit pula, ianya dimulakan dengan kerja  membancuh konkrit, kerja pemadatan, pengawetan konkrit serta pengujian konkrit. Akhir sekali, kerja-kerja membuka kotak bentuk tiang,rasuk tanah dan lantai dilakukan dengan prosedur kerja yang betul. Segala ilmu, kemahiran , teknik dan proses kerja dilakukan bersama bagi memastikan segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Secara kesimpulannya, program ini mencapai objektifnya secara total kerana pelajar dapat pengalaman kerja konkrit secara langsung, menanam sikap bertanggungjawab dalam bekerja, bertolak ansur sesame rakan, saling hormat menghormati dan bekerjasama antara satu sama lain sehingga kerja selesai. Diharapkan usaha seumapama ini dapat diteruskan dalam mengeratkan hubungan antara Politeknik Melaka bersama masyarakat setempat.

In memory...En Anuar Mail, En Affendi, En Afham, En Fahmi, En Qamar, Pn Alwani, Pn Jaja , En Saifulbahari, Pn Munirah dan seluruh pelajar kami masa itu....In memory 2012...

Disediakan oleh:

Saifulbahari Bin Mohd Rasid

Pensyarah JKA, PMK
 
Segmen kemahiran: Build & Break di UTM tahun 2012 bersama team PMK...teringat masa tu

Untuk competition ini saya bersama dua BFF saya dulu, kini dan selamanya iaitu En Rahim dan Pn Radziah.. kami bertiga bersama membawa dua kumpulan pelajar. Disini bermula karier saya untuk terjebak dalam dunia Build & Break ini. Insyallah..coming soon akan diadakan lagi peringkat dalaman PSIS dan akan sekali lagi pergi ke peringkat International Build & Break Competition di UTM Skudai pada bulan April 2015 nanti. Insyallah....diharapkan sesuatu mampu dicipta dan memberi sejuta kenangan pada saya dan team yang saya cipta xkira sama ada di sini atau dimana jua saya akan bekerja di masa akan datang. Setiap niat yang baik akan menghasilkan keajaiban...Guru yang hebat akan pasti melahirkan anak murid yang cemerlang. Bersama kita HEBAT...

Thursday, 22 January 2015

Diari : Senyum....

Tiada kata seindah bahasa...tiada harga yang perlu dibayar dengan sebuah senyuman... Ayuh kita senyum...kerana senyum saja kita menarik aura positif kita kepada orang...Tidak rugi jika kita selalu senyum dengan sesama kita.

kan...bukan tidak susah pn untuk menghadiahkan sebuah senyuman tetapi kita sendiri memilih untuk senyum atau tidak. Setiap kita ada masalah...kita tidak boleh lari... Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan?

Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.

Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.

Banyak Tersenyum

Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,

“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,

“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,

“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

Oleh itu, ayuh kita sentiasa senyum...

Senyum adalah sesuatu yang mudah tetapi berat untuk diamalkan. Indahnya di dalam Islam, senyum merupakan suatu amal kebajikan kerana melakukannya merupakan suatu ibadah sedekah.

Berikut adalah kelebihan bersenyum :

1. Senyum menyebabkan kita kelihatan lebih cantik atau handsome! Betul tak?
2. Senyum mampu mengubah ‘mood’ kita kepada yang lebih positif dan bertenaga.
3. Senyum mengurang atau menghilangkan tekanan atau stress. Anda pernah cuba?
4. Senyum memantapkan sistem imunisasi badan kita. Maka badan kita akan lebih tahan terhadap penyakit.
5. Senyum menyebabkan anda kelihatan lebih muda!
(petikan dari http://www.iluvislam.com)

Monday, 19 January 2015

Segmen Ilmu: Do this tutorial............

 Tutorial today.....please do this..thank you. Pair only two.

q1: What THREE (3) importance of transportation?

q2: What FOUR (4) types of transportation?

q3: A lorry is travelling at 100 km/hr. The friction coeficient is 0.330 and the reaction time is 3s. Determine the SSD?

q4: Sketch TWO (2) figures of horizontal alignments with and without curves?

q5: Identify why transportation planning is important?

q6: Explain types of trips measured in a survey area when conducting Origin-Destination Survey. Show a diagram?

q7: Discuss TWO(2) types of sight distance in geometrical alignment?

q8: A vertical crest curve on a single carriagmeway road with a design speed of 80km/hr is to be built in order to join ascending grade of 5% with descending grade of 3%. The motorist eye height is assumed to be 1.0m while the object height is assumed at 0.25m. Calculate the length of vertical curve? Given SSD=150m, H1=0.91m and H2=0.14m

q9: Company sdn bhd has been awarded with a contract to build roads with a speed design of 150km/h with the angle 40 degree. The super elevation and friction coefficient is 12% and 35% with the point of intersection of tangent is in station 75 + 00.

i. The radius of circular curve
ii. The length of the curve
iii. TC station
iv. CT station

q10: A fixed time 2-phased signal is to be provided at a four legs intersection. The design hour traffic and saturation flow are in table;

Branch flow
North,N
South,S
East,E
West,W
Traffic flow, (pcu/hour)

800
400
750
600
Saturated slow,S
(pcu/hour)

2400
2000
3000
3000

The lost time per phase due to starting delays in 2 s and the intergreen interval is 5s. Assume amber time= 3s. Estimate:

i. Optimum cycle time
ii. Actual green time

Tuesday, 13 January 2015

Diari : Siapakah sahabat kita ari ini?

Menjadi persoalan setiap orang tentang siapakah layak digelar sahabat pada kaca mata kita sekarang. Pada pelajar sudah tentu kawan serumah..paling tidak pn gf or bf mereka...Tetapi sama kah peranan sahabat dengan mereka ini? Adakah wujud perkataan sahabat pada masa sekarang? Mari kita tgk perbezaan fungsi definisi ini:

Sahabat 

a) Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. 

b) Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu. Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. 

c) Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita. Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. 

d) Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.

e) Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita. 

Kawan 

a) Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. 

b) Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya. Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. 

c) Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .

d) Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus. 

Rakan 

a) Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. 

b) Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya. 

c) Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya. Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.

Kenalan 

a) Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. 

b) Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet. 

c) Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.

So? Adakah kita mempunyai seorang yang rapat dengan kita dan mempunyai semua seperti diatas. Jadinya anda mampu buat pilihan. Pilih la sahabat yang sejati..yg sayang kita..yang jaga maruah kita..bersama kita dan sentiasa hormat kita serta membantu kita dalam apa jua keadaan. jom kita sendiri menjadi sahabat yang baik..Buang sikap pentingkan diri..buangkan sikap berkawan kerana kepentingan peribadi..kerana hendak markah..kerana tidak ikhlas... jadilah kita sahabat kerana Allah...

###bestfriendforever2015

Sahabat Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu. Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita. Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita. Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita. Kawan Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya. Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan . Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus. Rakan Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya. Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya. Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan. Kenalan Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet. Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win