Politeknik Melaka, 4 April
2012-6 April 2012. Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik
Melaka telah menganjurkan KEM KONKRIT
DAN KHIDMAT KOMUNITI di Surau
Al-Mubarak Lorong Pandan Melaka. KEM
KONKRIT DAN KHIDMAT KOMUNITI
ini diketuai oleh En Anuar Bin Ismail dan disertai seramai 64 orang pelajar dan 10
orang pensyarah JKA yang turut serta
menjayakan program khidmat komuniti ini. Sehubungan dengan itu, ini adalah merupakan program yang kedua diadakan pada tahun 2012 ini bagi
memberi khidmat komuniti dan meningkatkan kesedaran terutamanya dikalangan
siswa dan siswi dalam membina asas bangunan bermula dari kerja pembersihan
tapak, membuat kotak bentuk, pengorekan asas cetek dan penyediaan besi
tetulang. Untuk kerja konkrit pula, ianya dimulakan dengan kerja membancuh konkrit, kerja pemadatan,
pengawetan konkrit serta pengujian konkrit. Akhir sekali, kerja-kerja membuka
kotak bentuk tiang,rasuk tanah dan lantai dilakukan dengan prosedur kerja yang
betul. Segala ilmu, kemahiran , teknik dan proses kerja dilakukan bersama bagi
memastikan segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Secara
kesimpulannya, program ini mencapai objektifnya secara total kerana pelajar dapat
pengalaman kerja konkrit secara langsung, menanam sikap bertanggungjawab dalam bekerja, bertolak ansur
sesame rakan, saling hormat menghormati dan bekerjasama antara satu sama lain
sehingga kerja selesai.
Diharapkan usaha seumapama ini dapat diteruskan dalam mengeratkan hubungan
antara Politeknik Melaka bersama masyarakat setempat.
In memory...En Anuar Mail, En Affendi, En Afham, En Fahmi, En Qamar, Pn Alwani, Pn Jaja , En Saifulbahari, Pn Munirah dan seluruh pelajar kami masa itu....In memory 2012...
In memory...En Anuar Mail, En Affendi, En Afham, En Fahmi, En Qamar, Pn Alwani, Pn Jaja , En Saifulbahari, Pn Munirah dan seluruh pelajar kami masa itu....In memory 2012...
Disediakan
oleh:
Saifulbahari
Bin Mohd Rasid
Pensyarah
JKA, PMK
0 comments:
Post a Comment