Pages

Monday, 22 June 2015

Diari: Segmen Kemahiran- Pertandingan Polyskills Peringkat Kebangsaan di POLISAS

PERTANDINGAN KEMAHIRAN POLITEKNIK KPM 2015 (POLYSKILLS) dianjurkan adalah untuk memilih wakil pelajar politeknik yang berpotensi untuk mewakili Politeknik Malaysia ke ASEAN Skills Competition (ASC) dan World Skills Competition (WSC).
Polyskill2015 yang telah berlangsung dari 17 Mac 2015 hingga 20 Mac 2015 di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan menyaksikan penyertaan dari Politeknik seluruh Malaysia. Pertandingan ini melibatkan 9 kategori, antaranya Mechanical Engineering - CAD, Electronics, Geomatic Competition, Welding, Mechatronics, Electrical Installation, Decorative Painting, Stenography dan Brick Laying.

Politeknik Sultan Idris Shah telah menghantar seramai 2 orang pelajar bagi kategori Electronics dan 3 orang pelajar dalam kategori stenography. Bagi Kategori Stenography, sebanyak lima (5) politeknik yang bertanding iaitu Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Kuantan), Politeknik Sultan Idris Shah (Selangor), Politeknik Mersing Johor (Johor), Politeknik Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (Perlis), yang mana keseluruhannya disertai oleh 18 orang peserta.

PENYERTAAN PSIS DI DALAM POLYSKILL 2015
PERTANDINGAN KEMAHIRAN POLITEKNIK KPM 2015 (POLYSKILLS) dianjurkan adalah untuk memilih wakil pelajar politeknik yang berpotensi untuk mewakili Politeknik Malaysia ke ASEAN Skills Competition (ASC) dan World Skills Competition (WSC).
Polyskill2015 yang telah berlangsung dari 17 Mac 2015 hingga 20 Mac 2015 di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan menyaksikan penyertaan dari Politeknik seluruh Malaysia. Pertandingan ini melibatkan 9 kategori, antaranya Mechanical Engineering - CAD, Electronics, Geomatic Competition, Welding, Mechatronics, Electrical Installation, Decorative Painting, Stenography dan Brick Laying.

Politeknik Sultan Idris Shah telah menghantar seramai 2 orang pelajar bagi kategori Electronics dan 3 orang pelajar dalam kategori stenography. Bagi Kategori Stenography, sebanyak lima (5) politeknik yang bertanding iaitu Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Kuantan), Politeknik Sultan Idris Shah (Selangor), Politeknik Mersing Johor (Johor), Politeknik Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (Perlis), yang mana keseluruhannya disertai oleh 18 orang peserta Penyertaan dari Politeknik Sultan Idris Shah diwakili tiga (3) orang pelajar dari Jabatan Perdagangan dengan diiringi oleh Cik Nurul Azzaliyana binti Norman. Pelajar-pelajar tersebut adalah:

 Haziq Asri bin Roslee (DSK6B)
 Nur Azyan Raihan bt Abd Aziz (DSK6A)
 Nazatul Najwa bt Mat Salim (DSK5C)

Dalam pertandingan tersebut, PSIS Berjaya menggondol TEMPAT KEDUA bagi kategori Stenography yang dimenangi oleh Saudara Haziq Asri bin Roslee (DSK6B). Beliau membawa pulang Sijil Penyertaan, Sijil Penghargaan, Pingat dan cenderamata.

Bagi kategori Elektronik, sebanyak 11 politeknik yang bertanding iaitu POLISAS, PMU, PMJ, PKB, PTSB, PMM, PSMZA, PSAS, PKU, PSIS dan PSA yang mana keseluruhannya disertai oleh 22 orang peserta. Kategori ini telah diwakili oleh pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dengan diiringi oleh jurulatih berkaliber iaitu En Helmi Bin Jamaludin dan Puan Siti Munaliza Binti Moharad. Pelajar-pelajar tersebut adalah:

 Mohamad Syafiq Bin Khamaron (DTK6A)
 Ahmad Fazrol Hisham Bin Mohd Imran (DTK5B)

Dalam pertandingan tersebut, PSIS berjaya memperoleh TEMPAT KEDUA dan KETIGA bagi kategori Elektronik yang dimenangi oleh Saudara Mohamad Syafiq Bin Khamaron (DTK6A)-KEDUA dan Ahmad Fazrol Hisham Bin Mohd Imran (DTK5B)- KETIGA. Mereka membawa pulang Sijil Penyertaan, Sijil Penghargaan, Pingat dan cenderamata.


 Gambar: Pelajar, jurulatih dan pengurus pasukan Polyskill 2015



Sebenarnya, saya dilantik oleh pihak pengurusan untuk jd penyelaras bagi menyertai pertandingan kemahiran seumpama ini. Polyskill bkn nama baru di Malaysia tetapi baru bg PSIS. Ini adalah penyertaan kali pertama. Selain menyediakan kertas kerja, menghadiri mesyuarat..pembentukan pasukan bagi setiap kategori yg dipertandingkan adalah amat penting dan kesediaan para pensyarah yg berminat untuk menjadi jurulatih adalah sangat penting. Bukan mudah untuk melahirkan pelajar yg berkemahiran dan bertanding. Pensyarah itu sendiri kena mahir dan berminat untuk menaikkan nama PSIS. Sentuhan keramat sy kali ne sedikit sebanyak membuka mata banyak pihak untuk lebih berdaya maju dan bersaing secara sihat. Semoga usaha ini dapat diteruskan dari masa ke semasa hingga akan datang. Seronok sebab ramai kenal org baru..dapat jln2..First meeting ritu di Hotel Royale Pekan Pahang. Mmg best...terbaik...Kredit untuk saya...

0 comments:

Post a Comment