Pages

Monday, 14 September 2015

Diari ilmu: Belajarlah hormati Pensyarah




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga Allah panjangkan umur kita, memberi kita hidayah dan kekuatan luar biasa untuk menjadi manusia yang diredhai Allah. Kali ini saya ingin membincangkan perihal "HORMAT".

Dalam kehidupan kita seharian, kesemua kita sejak lahir di didik untuk "HORMAT" kepada ibu bapa, adik beradik, saudara mara , kawan-kawan dan guru.

Perasan x kita? Selama kita hidup hari ini berapa lama masa kita berada di sekolah. Dari darjah satu sampai masuk universiti atau pn Politeknik...dari jam 800 pagi hingga 5.00 petang. Kita bersekolah. Jadinya masa kita sebenarnya banyak digunakan bersama guru dan kawan-kawan di sekolah.

Kalau yang tinggal di asrama..lagi la masanya banyak bersama kawan-kawan.

Hakikat hari ini, ramai semakin terlupa dan ambil mudah tentang isu "HORMAT" ini.

sebenarnya tidak susah pn untuk menjadikan diri kita ini WARAS dan RASIONAL. Asalkan kita tahu mengHORMATI hak orang lain...mengHORMATI guru kita dan mengHORMATI kawan-kawan kita..



agak2 la..apa perasaan kita apabila kawan-kawan kita mula KURANG AJAR dan tidak rasa HORMAT dengan kita?

Rasa SAKIT HATI x agaknya?

Manusia ini Allah jadikan sempurna dengan sifat kasih sayang, cemburu, ingin disayangi, dicintai, dihormati dan di hargai.

Bukan hadiah sebagai ukuran tetapi SIKAP..cara kita berkomunikasi dan memandang.

Manusia tidak akan berjaya TANPA ILMU. ilmu itu datangnya dari Allah tetapi di sampaikan oleh GURU @ PENSYARAH.

Dimana datangnya keberkatan jika yang asas pun kita GAGAL untuk perlihara dan kita GAGAL untuk tidak menyakiti hati manusia lain.

Bukan mudah bukan untuk terus MENIPU dan terus BERPURA PURA.



Kami PENSYARAH adalah guru dan sahabat kamu. Kami pun manusia. Ada hati dan perasaan. Jangan lah sampai hilang rasa HORMAT itu kerana kebodohan atau kerana SIKAP sambil lewa.

Setiap perbuatan yang BURUK akan mendapat balasan yang tidak baik.

Marilah kita bersama BERUBAH dan ingat dalam HATI. Tidak kira bila dan dimana kita sekarang. KITA tetap TERHUTANG BUDI dengan jasa GURU @ PENSYARAH kita.

Hargailah sebelum terlambat. Jangan di ULANG perangai yang KEJI tetapi berbuat BAIK lah supaya kita sentiasa memuji. Allah suka manusia yang mengembirakan hati orang lain dan sentiasa HORMAT gurunya. Kerana di sini GURU adalah ibu bapa. Jika kita tidak tahu menghargai dan tidak pernah berubah untuk HORMAT mereka. PERCAYA lah..suatu ari nanti, PASTI Allah akan membalasnya CASH.



So? Apa yang perlu KITA BUAT:

– Menurut perintah dan melaksanakan arahan dan meninggalkan perkara-perkara yang melanggar PERATURAN
– Memberi tumpuan sepenuhnya bila GURU @ PENSYARAH mengajar.
– Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.
– Mengucap salam setiap kali bertemu GURU @ PENSYARAH
– Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan GURU @ PENSYARAH
– Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat GURU @ PENSYARAH
– Menghargai ilmu yang diberi oleh GURU @ PENSYARAH
– Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan
– Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan pengajian.
– Menziarahi GURU @ PENSYARAH bila hari perayaan atau ketika GURU @ PENSYARAH sakit
– Ucapkan tahniah bila GURU @ PENSYARAH mendapat kejayaan dan ucapkan takziah bila ditimpa musibah.
Akhir kata marilah kita menghayati amalan tersebut mudah-mudahan kita adalah antara orang yang mulia di sisi Allah swt . 


Beringat sebelum terlambat. Jangan kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelangga. Jangan Lukakan Hati Manusia Terutama Insan Bergelar GURU @ PENSYARAH. Kesannya tidak terjangkau nanti. Marilah kita bersama jadi manusia yang KENANG BUDI. Terbaik...wasalam


Saturday, 5 September 2015

Diari Maklumat: Kempen "Asingkan"...Baguslar kan....


Asingkan sisa demi masa depan anak-anak kita. Jom kita dengar pesanan ringkas yang dibawakan oleh SWCorp Malaysia dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN).

Bermula hari ini, kesemua isi rumah dari 7 buah negeri iaitu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Kuala Lumpur dan Putrajaya diarahkan untuk memulakan pengasingan sampah terutama sisa pepejal  secara mandatori.

Tujuan arahan mengasingkan sisa pepejal ini adalah bagi mengatasi masalah pelupusan sisa berkenaan yang dilihat semakin meruncing.

Memetik laporan The Malaysian Insider, sehingga ini perlaksanaan denda berlum dilaksananakan kerana setakat ini ia adalah sebagai langkah advokasi bagaimanapun isi rumah yang gagal mengasingkan sisa pepejal di punca hanya akan diberikan notis amaran sebelum penguatkuasaan sepenuhnya undang-undang kepada mereka yang ingkar dilaksanakan bermula 1 Jun tahun depan.

Berdasarkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672), denda kompaun maksimum sehingga RM1,000 boleh dikenakan terhadap penduduk yang enggan melaksanakan pengasingan sisa pepejal.

Dalam perlasanaan ini orang ramai perlulah mengasingkan sampah mengikut jenis iaitu bahan yang boleh dikitar semula, sisa baki, sisa pukal serta sisa kebun di tempat berasingan sementara menunggu hari kutipan yang  ditetapkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).


Kaedah kutipan oleh konsesi dilaksanakan mengikut formula 2+1 iaitu kutipan dua kali seminggu untuk sisa baki manakala seminggu sekali masing-masing bagi sisa kitar semula, sisa pukal dan sisa kebun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Datuk Ab Rahim Md Noor berkata penguatkuasaan akta itu adalah tepat pada masanya kerana selain mampu mengurangkan%an jumlah sampah yang dihantar ke tapak pelupusan sehingga 40%, ia juga dijangka dapat meningkatkan kadar kitar semula melebihi 22% menjelang 2020.

Pada masa kini kira-kira 33,000 tan sisa pepejal yang dikumpul setiap hari di mana daripada jumlah itu hanya 10.5% daripadanya dikitar semula manakala selebihnya dilupuskan di tapak pelupusan.

"Selain dapat membantu menambahkan jangka hayat tapak pelupusan, pelaksanaan akta ini juga diyakini dapat meningkatkan kadar kitar semula kepada lebih 22% menjelang 2020," katanya baru-baru ini.

Mengenai penerimaan masyarakat terhadap pelaksanaan akta pengasingan sisa pepejal di punca itu, Rahim berkata secara asasnya, orang ramai sedar akan kepentingan mengasingkan setiap sampah namun masih keberatan untuk melakukannya di rumah.

"Sebab itu kita  lancar Ops Mata Hati bagi memantau sejauh mana penduduk setempat mengasingkan sisa pepejal di rumah, selain untuk membiasakan masyarakat dengan penguatkuasaan dasar tersebut," katanya