Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga Allah panjangkan umur kita, memberi kita hidayah dan kekuatan luar biasa untuk menjadi manusia yang diredhai Allah. Kali ini saya ingin membincangkan perihal "HORMAT".
Dalam kehidupan kita seharian, kesemua kita sejak lahir di didik untuk "HORMAT" kepada ibu bapa, adik beradik, saudara mara , kawan-kawan dan guru.
Perasan x kita? Selama kita hidup hari ini berapa lama masa kita berada di sekolah. Dari darjah satu sampai masuk universiti atau pn Politeknik...dari jam 800 pagi hingga 5.00 petang. Kita bersekolah. Jadinya masa kita sebenarnya banyak digunakan bersama guru dan kawan-kawan di sekolah.
Kalau yang tinggal di asrama..lagi la masanya banyak bersama kawan-kawan.
Hakikat hari ini, ramai semakin terlupa dan ambil mudah tentang isu "HORMAT" ini.
sebenarnya tidak susah pn untuk menjadikan diri kita ini WARAS dan RASIONAL. Asalkan kita tahu mengHORMATI hak orang lain...mengHORMATI guru kita dan mengHORMATI kawan-kawan kita..
agak2 la..apa perasaan kita apabila kawan-kawan kita mula KURANG AJAR dan tidak rasa HORMAT dengan kita?
Rasa SAKIT HATI x agaknya?
Manusia ini Allah jadikan sempurna dengan sifat kasih sayang, cemburu, ingin disayangi, dicintai, dihormati dan di hargai.
Bukan hadiah sebagai ukuran tetapi SIKAP..cara kita berkomunikasi dan memandang.
Manusia tidak akan berjaya TANPA ILMU. ilmu itu datangnya dari Allah tetapi di sampaikan oleh GURU @ PENSYARAH.
Dimana datangnya keberkatan jika yang asas pun kita GAGAL untuk perlihara dan kita GAGAL untuk tidak menyakiti hati manusia lain.
Bukan mudah bukan untuk terus MENIPU dan terus BERPURA PURA.
Kami PENSYARAH adalah guru dan sahabat kamu. Kami pun manusia. Ada hati dan perasaan. Jangan lah sampai hilang rasa HORMAT itu kerana kebodohan atau kerana SIKAP sambil lewa.
Setiap perbuatan yang BURUK akan mendapat balasan yang tidak baik.
Marilah kita bersama BERUBAH dan ingat dalam HATI. Tidak kira bila dan dimana kita sekarang. KITA tetap TERHUTANG BUDI dengan jasa GURU @ PENSYARAH kita.
Hargailah sebelum terlambat. Jangan di ULANG perangai yang KEJI tetapi berbuat BAIK lah supaya kita sentiasa memuji. Allah suka manusia yang mengembirakan hati orang lain dan sentiasa HORMAT gurunya. Kerana di sini GURU adalah ibu bapa. Jika kita tidak tahu menghargai dan tidak pernah berubah untuk HORMAT mereka. PERCAYA lah..suatu ari nanti, PASTI Allah akan membalasnya CASH.
So? Apa yang perlu KITA BUAT:
– Menurut perintah dan melaksanakan arahan dan meninggalkan perkara-perkara yang melanggar PERATURAN
– Memberi tumpuan sepenuhnya bila GURU @ PENSYARAH mengajar.
– Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.
– Mengucap salam setiap kali bertemu GURU @ PENSYARAH
– Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan GURU @ PENSYARAH
– Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat GURU @ PENSYARAH
– Menghargai ilmu yang diberi oleh GURU @ PENSYARAH
– Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan
– Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan pengajian.
– Menziarahi GURU @ PENSYARAH bila hari perayaan atau ketika GURU @ PENSYARAH sakit
– Memberi tumpuan sepenuhnya bila GURU @ PENSYARAH mengajar.
– Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.
– Mengucap salam setiap kali bertemu GURU @ PENSYARAH
– Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan GURU @ PENSYARAH
– Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat GURU @ PENSYARAH
– Menghargai ilmu yang diberi oleh GURU @ PENSYARAH
– Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan
– Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan pengajian.
– Menziarahi GURU @ PENSYARAH bila hari perayaan atau ketika GURU @ PENSYARAH sakit
– Ucapkan tahniah bila GURU @ PENSYARAH mendapat kejayaan dan ucapkan takziah bila ditimpa musibah.
Akhir kata marilah kita menghayati amalan tersebut mudah-mudahan kita adalah antara orang yang mulia di sisi Allah swt .
Beringat sebelum terlambat. Jangan kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelangga. Jangan Lukakan Hati Manusia Terutama Insan Bergelar GURU @ PENSYARAH. Kesannya tidak terjangkau nanti. Marilah kita bersama jadi manusia yang KENANG BUDI. Terbaik...wasalam
0 comments:
Post a Comment