Pages

Wednesday, 23 March 2016

Diari kerja: Traffic Campaign at PSIS

Terkesan dengan banyaknya berlaku kemalangan disekeliling dari hari ke hari. Terdetik di dalam hati adakah disebabkan tahap kesedaran kita yang lemah atau sikap ambil mudah kita dalam menjalani kehidupan seperti biasa. Terbiasa dengan zon selesa dan kurang mengambil tahu menjadi punca penyebaran maklumat berterusan tidak berlaku. Idea ini sebenarnya dah lama saya pendam memandangkan saya yang mengajar subjek ini dh melebihi 10 semester. Terdetik dalam hati saya untuk mendidik ank2 didik saya supaya berbicara dengan masyarakat sekeliling dengan ilmu. Ajak org buat baik dan patuhi arahan lalulintas. Idea pertamanya adalah:

1. Ambil keratan akhabar terkini (5 thn semasa) berkaitan kemalangan jalanraya di Malaysia. Aktivitinya adalah dengan menganalisis keratan akhbar tu dengan mengenalpasti punca masalah samada berpunca daripada faktor manusia, kenderaan , jalan ataupun alam sekitar. Selain itu juga dikenalpasti apakah penyebab berlakunya kematian di dalam kemalangan ini adakah disebabkan faktor yang dijangka atau diluar jangkaan kita. Juga dibincangkan tentang cara mengatasinya supaya kemalangan ini dapat dielakkan dan dapat dicegah. Jika semua orang berhati2 dan mengamalkan cara pemanduan SELAMAT. Pastinya kemalangan dapat dielakan dan dihentikan.

2. Membuat kempen Kesedaran Mengenai Lalulintas. Kempen ini sebenarnya memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi maklumat teknikal dengan pelajar2 lain. Kempen ini julung kalinya dibuat bagi menggalakn pelajar untuk berkomunikasi dan membuat program sosial dengan berkesan. Kerjasama dalam kelas untuk menjayakan kempen adalah sangat penting supaya tidak timbul sebarang salah maklumat. Menggalakan dan mengingatkan orang lain tentang KESEDARAN adalah sesuatu baik dan menunjukan JKA ada menjalankan aktiviti seumpama ini. Moga2 program seperti ini akan dijalankan di masa akan datang di skop luar kerja yang LUAS. TERBAIK.





























































































0 comments:

Post a Comment