Pages

Thursday, 22 June 2017

Diari Kerja: LAWATAN PENANDAARASAN PENGURUSAN CENTRE OF TECHNOLOGY (COT) DAN PEMBANGUNAN PEMBINAAN BERASASKAN TEKNOLOGI IBS di Politeknik Melaka dan Politeknik Port Dickson



TARIKH:
19-21 JUN 2017

Alhamdulillah, selesai satu misi penting bagi mendapatkan kepakaran, idea dan maklumat penting berkaitan pembangunan COT dan teknologi IBS. Buat pertama kalinya saya menguruskan aktiviti rasmi seperti ini bagi mempelajari dan mengaplikasi ilmu, kemahiran dan teknologi yang sepatutnya ada dan dilaksanakan di sini. Seronok dapat kembali ke tempat asal saya bekerja dan dapat berjumpa semula rakan2 sepejuangan lama. Mudah-mudahan memberi aura untuk saya dapat kembali berkhidmat ke Melaka atau Port Dickson nanti. Insyallah. Percaya kepada perubahan yang akan kami lakukan untuk memberi impak luar biasa kepada jabatan dan PSIS sendiri. Saya hanya jalankan tugas saya sebaiknya. Terima kasih kepada pihak PMK dan PoliPD dalam melayan karenah kami yang baru belajar dan mahukan perubahan minda dalam saya belajar untuk mengurus dan membangunkan COT secara total. Permulaan bermula dari sekecil kecil benda hingga menjadi besar dan terhebat.
















































Tuesday, 13 June 2017

Diari Kerja: Pembentangan Kertas Penyelidikan di National Conference on Research & Education (NAREC 17) di Politeknik Port Dickson





KPI tahun 2017 untuk membentangkan at least satu paper akhirnya selesai. Walaupun masih baru dalam bidang penulisan kertas penyelidikan ini tetapi ianya menjadi satu inspirasi kepada diri sendiri untuk terus istiqamah dalam bekerja sambil terus membuat kertas kajian bagi meningkatkan kualiti diri agar lebih terbuka dan bijak dalam penilaian penyelidikan kelak. Bidang inovasi telah banyak dibuat tetapi bagi bidang penyelidikan ini masih baru dan masih memerlukan bimbingan dan sifu2 dan otai2 penyelidikan. Tidak pernah berputus asa dan masih terus bersangka baik terhadap kerjaya dan mengharapkan yang terbaik dari semua pihak. Mudah mudahan segala usaha yang baik akan dibalas dengan keputusan yang baik juga. Jom kita teruskan menghasilkan karya penyelidikan, biar salah, biar ada pembetulan..kerana kesilapan dan kelemahan itu mendidik kita untuk jadi lebih cekap dan faham akan konsep dan teras kertas penyelidikan. Lebih baik bermula dari sekarang dan jangan bertangguh. Ayuh semua...keep it up..

Tarikh: 23 Mei 2017
Lokasi: Politeknik Port Dickson
Peringkat: Kebangsaan