KPI tahun 2017 untuk membentangkan at least satu paper akhirnya selesai. Walaupun masih baru dalam bidang penulisan kertas penyelidikan ini tetapi ianya menjadi satu inspirasi kepada diri sendiri untuk terus istiqamah dalam bekerja sambil terus membuat kertas kajian bagi meningkatkan kualiti diri agar lebih terbuka dan bijak dalam penilaian penyelidikan kelak. Bidang inovasi telah banyak dibuat tetapi bagi bidang penyelidikan ini masih baru dan masih memerlukan bimbingan dan sifu2 dan otai2 penyelidikan. Tidak pernah berputus asa dan masih terus bersangka baik terhadap kerjaya dan mengharapkan yang terbaik dari semua pihak. Mudah mudahan segala usaha yang baik akan dibalas dengan keputusan yang baik juga. Jom kita teruskan menghasilkan karya penyelidikan, biar salah, biar ada pembetulan..kerana kesilapan dan kelemahan itu mendidik kita untuk jadi lebih cekap dan faham akan konsep dan teras kertas penyelidikan. Lebih baik bermula dari sekarang dan jangan bertangguh. Ayuh semua...keep it up..
Tarikh: 23 Mei 2017
Lokasi: Politeknik Port Dickson
Peringkat: Kebangsaan
0 comments:
Post a Comment