Pages

Monday 30 December 2013

Program CSR bg JKA lagi..hee

Senamrobik bersama penduduk kg Baru Bt 1 Bt Gajah, Perak

Gotong royong

Pertandingan mewarna kanak2 dan dewasa

Bermain rebana..

Ucaptama oleh Pengarah PSIS

4 Sahabat karib bergabung tenaga

Remaja riang

Sportive team CESC

Mereka diatas sana

Teka..siapa mereka?

Perasmian Kedai Paklong

Kempen Kutip minyak Masak Terpakai

Pn Rakiah bersama JKKKK kg

Julong kalinya JKA berbesar hati menganjurkan Program Sentuhan Integrasi Siswa yang mana bertemakan khidmat masyarakat, kempen minyak masak terpakai dan Program Anak Angkat. Buat julong kalinya, saya bersama team saya bergabung tenaga menjayakan program ini di Perak. Secara asasnya, intipati program untuk mengeratkan hubungan siratulrahim di antara pelajar DKA, DAS dan DSB bersama pensyarah, ketua jabatan, Pengarah PSIS dan penduduk kg Bt 1 Bt Gajah Perak. Aroninya, program seumpama ini membuka mata dan minda kami semua tentang kehidupan hari ini, sedang kita asyik dalam menuntut ilmu, kita alpha tentang tanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling. Kita tidak mampu mengubah dunia, tetapi dengan usaha yang baik, dengan niat yg baik..ukhuwah terjalin..matlamat tercapai dan semua pihak jelas akan matlamat utama program ini. Rasanya, banyak yg saya belajar dalam meningkatkan kepercayaan diri dan bersyukur dengan apa yg kita ada sekarang. Insyallah. Apabila kita suka kepada kebaikan, nilai2 kebaikan itu akan menjadi amalan yng semulajadi dr diri kita sendiri. Saya percaya semua yang terlibat gembira dan berpuas ati. Terkurang terlebih itu lumrah kerja, tiada kesempurnaan tetapi secara keseluruhannya mencapai target. Semoga tirai 2013 ini berlabuh meninggalkan kenangan utk kita semua. Kita tunggu next episod 2014..apa yang mampu saya ciptakan sejarah di PSIS ini lagi...insyallah..kalau ada jarum yg patah, jgn disimpan di dalam hati, kalau ada salah dan silap saya, saya mohon sejuta kemaafan. Bersama kita terus maju, Bijak, rajin berusaha dan berfikiran positif. Semoga allah merahmati kita. Amin.

Tuesday 10 September 2013

Sambutan Hari Raya JKA 2013

Julung kalinya sambutan hari Raya JKA disambut di JKA Psis. Kalau ikutkan sebelum ini bukan tiada tetapi tidak semeriah hari ini kerana dahulunya dibuat asing2 antara sendiri. memang telah menjadi trend disini macam tu. Tetapi itulah kali ini, CESC telah ditubuhkan, makanya banyak perancangan dan pembaharuan yg telah dirancang dengan baik dalam usaha utk menyatu padukan pelajar unit DKA, DAS dan DSB. Suka atau tidak, usaha murni memerlukan kerjasama semua pihak daripada pelajar dan pensyarah. Segala kesukaran dapat diatasi dengan baik dan program dapat berjalan dengan lancar. Alhamdulillah..semoga usaha murni ini dapat diteruskan di masa akan datang untuk memartabatkan siratulrahim antara unit. JKA tetap JKA..insyallah.







Gambar Build & Break 2013





Penyertaan kali ini agak tergesa gesa, sebabnya tarikh penyertaan dapat tahu sehari sebelum hari pertandingan. Kalau ikutkan hati mmg malas nk masuk tetapi memikirkan untuk meningkatkan kemahiran teknikal pelajar, digagahkan jugak untuk membuatnya. Biasa lar terlalu byk prosidur kena lalui termasuk membuat kertas kerja dan memohon budget. Bawak pelajar ini sememangnya xuntung langsung, rugi adalah sebabnya byk benda kena modal sendiri. Tetapi dari segi ilmu, pengalaman, teamwork dan sejarah itu lagi penting. Mungkin itu salah satu penyebab untuk sy lebih berusaha keras. Kawan2 baik sy dari tempat lain agak psiko utk turut sama memberi saingan. Bukan niat utk menang tetapi sekurang kurangnya kalah bermaruah. Kalau ditanya mereka, apa beza tahun lepas dgn penyertaan kali ini. MMg byk bezanya. Byk kelemahan dapat dibaiki dan kami semua semakin serasi. Itu jek mampu sy berikan kepada team sy. Kita dh cuba berfikir dan berlatih dari kesilapan lalu. Ini lah sejarah lain yg cuba sy cipta di sini. Semoga ini semua menjadi platform utk mereka lebih matang, lebih faham tentang dunia struktur sebenar. Teori xsemestinya berpandukan buku tetapi adakalanya memerlukan pengalaman lain yg org lain xde.










Wednesday 24 July 2013

Program Khidmat Masyarakat Bersama RUmah Anak Yatim dan Kelab Belia 2013

solat isyak dan terawih bersama

En. Rizal mengacau bubur

Bersama YB


Penyampaian cenderamata


Pelajar JKA bersama YB

 Pensyarah JKA bersama YB


En Zul dan En Azmi berlambuk



Tuesday 9 July 2013

Selamat bersahur

 
 
1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.”(HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:
“Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)
2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:
“Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata:
“Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.”(HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
“Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:
“Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.
Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.
Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.

Kebaikan Bulan Puasa

 

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

” Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa..“

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

Keutamaan Ramadhan
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

Antara fadhilat dan kelebihan berpuasa di bulan ramadhan.
1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka

Fadhilat yang lain-lain
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Amal Ibadah di Bulan Ramadhan
Dalam khutbah terakhir bulan Sya’ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:

1. Solat sunat Tarawih
2. Solat-solat sunat yang lain
3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
4. Memberikan hidangan berbuka puasa
5. Banyakkan membaca tahlil
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
8. banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.


KEBAIKAN BERPUASA DARI SUDUT SAINS :

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.


Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.


Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.

Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :

“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”


Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya.




 

Friday 17 May 2013

HARI GURU ?? HARI PENSYARAH?? HARI PENDIDIK...

Asslamualaikum dan Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Pensyarah kepada semua bekas-bekas guru saya..pensyarah saya. Rasanya kalau hendak disebut satu persatu nama, tidak terkira. Sebabnya saya sekolah rendah jek dan 2 sekolah. Sek Keb Bukit Soga Batu Pahat dan Sekolah Kebangsaan Peserai. Rasanya tidak perlu diceritakan kenapa sampai 2 sekolah. Tapi Yang Pastinya setiap yang berlaku ada sebab tersendiri.

Sekolah Menengah pula di Sek Men Keb Dato Onn, Simpang Lima, Batu Pahat dan Sek Men Keb Tun Ismail. Banyak yang telah berlaku dan ditempuh untuk menjadi seorang yang berjaya. Rasanya guru-guru saya ne letih mendidik karenah saya dalam menuntut ilmu. Namun, ianya suatu pengalaman yang berharga yang mengajar saya untuk menjadi lebih sabar dan percaya kepada keihlasan. Mendidik, Mengajar dan Bersyarah adalah perkara yang sangat berbeza. Semua ini memerlukan pendekatan yang berbeza. Rasanya dahulu, saya ne bukan lah pelajar yang cemerlang sangat. Pelajar yang baik, komited, aktif bersukan dan ada prinsip. Itu jek yang saya ada.

Cemerlang itu tidak lah. Sebab nya saya banyak kelemahan dan banyak kepincangan identiti sebelum berubah untuk jadi lebih bijak dan sistematik. Guru di sekolah menjadi ikon kepada saya dalam mendalami ilmu yang diberi. Sifat malas untuk berusaha sememangnya menjadi kebiasaan kepada saya untuk mengulang kaji pelajaran. Rasanya berbuih kot guru-guru saya dahulu nasihat, membebel supaya saya berubah untuk belajar bersungguh-sungguh. Bila fikir-fikirkan balik. Malu jek kat diri sendiri.Hehe.

Dahulu lepas result UPSR. ada gak dapat tawaran sekolah High School dan Sekolah Mahad. Tapi disebabkan banyak faktor. Saya menolak. Rasanya dahulu, saya rasa semua sekolah sama sahaja. yang penting niat untuk belajar. Tidak kisah lar skolah dimana pun.huhu.

Diam tidak diam, sifat mendidik lahir secara semulajadi dalam diri. Sebab bagi saya, apabila kita ada satu ilmu, apabila kita kongsikan. manfaatnya kita dapat berkongsi idea. Berkongsi rasa dan berkongsi kejayaan. Masa sekolah dahulu, kadang tu saya terfikir balik, masa form 4 dan form 5 saya jadi pengawas sekolah. rasanya saya ne xde lah hebat sangat. Biasa jek.cuma saya ne ada prinsip. "BIAR ORANG BENCI KITA,ASALKAN APA YANG KITA BUAT ITU BETUL, SEBABNYA KEBENARAN AKAN DATANG DENGAN SENDIRINYA"

Mungkin pengalaman saya yang banyak berpindah rumah, berpindah sekolah menjadikan saya manusia yang tahu bersyukur dan tahu menghargai diri sendiri ,kawan-kawan dan orang sekeliling.

Seorang guru yang sangat baik dengan saya, namanya CIKGU ALI. cikgu disiplin saya. Dia banyak menasihati saya dalam menjadi pelajar dan seorang manusia yang baik. nasihat-nasihat dia banyak memberi motivasi kepada saya untuk berubah daripada seorang manusia yang sangat pemalu kepada yang serba boleh. Sedikit sebanyak saya berubah untuk membentuk identiti dalam diri saya untuk menjadi manusia yang lebih redha dan berusaha hingga berjaya.

Sekarang CIKGU ALI ne dah menjadi pensyarah di UTHM di fakulti pendidikan. THANKS cikgu. Jasamu ku kenang.

So, saya berharap sangat kita sebagai manusia biasa. Tidak terlepas dari belajar dan menuntut ilmu. Guru bukan meminta duit dari kita. Guru Memberi segala termampu tanpa mengharapkan apa-apa balasan agar pelajar-pelajarnya berjaya dan cemerlang.

Itu yang saya belajar sehingga kini. menjadi pendorong kepada saya untuk menjadi guru juga. Guru ibarat lilin membakar dirinya memberikan cahaya dan menerangi sekeliling tanpa rasa jemu dan benci.

Kalau hendak diceritakan pengalaman di Universiti, panjang sangat ceritanya..Apa yang penting disini. Saya rasa HARI GURU yang ada ini, kita selaraskan jadi HARI PENDIDIK. supaya semua guru-guru,pensyarah dan tenaga pengajar yang pernah mengajar saya diberikan sedikit penghargaan kerana usaha mereka. Tiada lah kita hingga hari ini.

Semoga saya menjadi pensyarah yang baik, guru yang baik, pendidik yang baik dalam usaha untuk melahirkan ramai lagi anak bangsa saya yang berjaya dan dihormati. WASALAM.



Monday 22 April 2013

Persediaan menjawab Peperiksaan Akhir Semester Kembali

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, pelajar akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut pelajar membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan sem lepas atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di IPT, bukannya berdasarkan minat seseorang pelajar.Utamakan Subjek yg "killer" dulu. maksudnya banyak kiraan atau teori fakta.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan pelajar dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan pelajar bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a) Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam masa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.Selain di kelas dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari. 

b) Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

c) Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di kelas mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu. 

d) Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

e) Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

f) Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

g) Pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke dewan xm. Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan. 

h) Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

i) Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

j) Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

j) Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

k) Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Begitulah 7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti. Cayok-cayok...good luck

kaedah yang maybe boleh diguna pakai semasa menjawab soalan FINAL EXAM



kaedah yang maybe boleh diguna pakai semasa menjawab soalan FINAL EXAM
 
1.Tenang dan jangan terburu-buru semasa membaca dan menjawab soalan.

Apabila menjawab soalan, lakukan dengan tenang dan jangan terburu-buru. Walaupun anda mempunyai masa yang singkat, jangan terlalu tergesa-gesa membaca soalan. Selalunya saya galakan pelajar saya, dapat kertas jawapan. buka muka surat belakang sekali. tulis apa pn nk tulis. rumus atau maksud atau kaedah yang yang ingat. tulis jek apa yg korang hafal td. Lepas tu baru lah tgk soalan.

Luangkan masa yang cukup untuk membaca dan memahami apa-apa yang dikehendaki oleh kertas soalan. Baca arahan yang diberikan agar anda tidak tersilap menurunkan jawapan ditempat yang salah.

2. Bahagikan masa

Sewaktu duduk di meja peperiksaan, setelah mendapat kertas soalan, anda haruslah membahagikan masa. Waktu yang diberikan untuk menjawab sesuatu kertas soalan adalah terhad.Anda tidak diberikan waktu yang panjang. Oleh hal yang demikian, anda harus menentukan masa yang mampu diperuntukkan bagi setiap bahagian kertas soalan. Bahagikan masa bagi setiap soalan. Jangan membazir masa.Pilih soalan yang senang dulu. Tgk pemberatan markah. Insyallah anda mampu menjawabnya.

3. Jawab soalan yang mudah dahulu

Ketika mula menjawab, luangkan masa untuk melunaskan soalan yang paling mudah dahulu. Jawab soalan yang anda pasti betul atau yang memang yang telah dijumpai dalam latih tubi sebelum menduduki peperiksaan. Semua pelajar mempunyai kemahiran masing-masing. Topik yang mudah bagi seorang pelajar barangkali susah dan sukar bagi pelajar lain. Cari soalan yang paling mudah bagi anda dan tangani soalan itu dahulu. Jika terdapat soalan yang sukar dijawab, tinggalkan dahulu. Terus menjawab soalan yang mudah dahulu. Soalan sukar ditinggalkan supaya motivasi anda kekal tinggi pada sasi menjawab kertas soalan. Selain itu, anda juga berpeluang mengumpul banyak markah yang mudah ketika minda masih segar dipangkal peperiksaan. Soalan yang sukar selalunya memerlukan banyak masa untuk dilangsaikan.

4. Semak semula jawapan

Anda harus meluangkan sedikit masa untuk menyemak setiap soalan dan jawapan. Mungkin ada soalan objektif yang anda tersilap tanda di kertas jawapan atau perkataan yang tersilap eja. Pastikan bahawa apa-apa yang anda tulis benar-benar menjawab soalan dan mematuhi arahan yang diberikan.

Sekian, Semoga berjaya!