Pages

Friday 25 January 2013

Kisah antara kisah

Setiap hari kita akan mencipta kisah dan kisah2 itu semua kadangkala pernah terjadi pada kita pada suatu masa dahulu. byk yang boleh kita ungkapkan dalam erti kaca mata kita sebagai seorang pendidik. terlalu banyak kisah antara kisah untuk dikongsikan bersama. banyak perkara mengajar tentang hidup.kisah dan cerita yang terjadi semamngnya banyak xterjangka oleh kita sebagai manusia. teknologi dan kemajuan sains, bagaikan xsengaja mengikut peredaran zaman mencipta kisah yang lebih meruntun jiwa. banyak perkara indah dalam hidup  ini, banyak kisah yang menyentuh memori silam. adakah semua itu akan terus terpaut dalam jiwa kita pada hari ini. banyak jawapan yang belum terungkai untuk kita faham sepenuhnya. disini boleh lar aku kongsikan sedikit kisah antara kisah. xde lar kata banyak sangat pengalaman, sekadar berkongsi kisah. kisah zaman kanak2...kisah yang yang masih aku ingat tentang kita..tentang persahabatan..tentang semangat.. tentang keberanian untuk mencuba...dahulu kat kampung di batu pahat. apa sahaja perkara kami akan buat untuk mencari masa untuk dibazirkan...sbbnyer ntah lah..dulu kita xpernah fikir tentang masa depan..yang penting seronok..duduk kt kampung ini sebenarnya best...xdinafikan...KEnapa...panjang ceritanyer...dahulu...seronok menunggang basikal..kowg pernah naik basikal.. dulu mmg extreme buat kumpulan basikal ini..hehe..termasuk lah aku..dahulu satu masa dahulu geng basikal ini agak digeruni oleh budak2 zaman tue..banyak unsur pengaruh..rasa hebat..nak dijadikan cerita kisah melucukan pun ada..ada seorg kwn ne ajak kami berbasikal ke pantai punggur senggarang. pada masa itu, member cakap dekat jek..boleh la mandi2...tanpa berfikir panjang, group kitaowg pergi..dahlar xbawak duit satu sen pun..faham jelar..dulu mana banyak duit..cukup2 jek..hee..so, kitaorang sepuluh org pun pergi lar...naik basikal penat tau..kayuh punya kasuh xsampai-sampai...lama lar...ada dekat 4 jam...masa tu masing2 dh kelaparan..nk mkn xbwk duit...kitaowg berhenti jek kt surau..minum air paip jek..kembung lar perut...nk jd kan malang lagi ms tue..air surut..lumpur jek sampai ke tengah. dh lar penat..adoi...lepas tu masing2 pk..mcm mn nk mandi ne...air surut...lama gak kami termenung..ms tu dh petang..agak2 dh lega..kami pn terpk..ne nk balik ne..jauh lg ne...jalan kt situ kalau malam..mmg gelap giler..jalan dh lar berbukit...huhu..mmg adventure ms balik tue..huhu...rasanya ms tue kitaowg sampai lewat mlm...sbb xpasti jalan...nk dijadikan lg dahsyat tue..parent kitaowg dh report polis kata kitaowg hilang..dh la kuar umah dr pagi..xde handphone..mn nk cr..kecoh dh kt kg ms tue..hee..sampai jek kt kg ms tue..kitaorg tergamam..naper ne kecoh2..rupa2 nyer diowg ingat kitaorg ne hilang...bukannyer hilang..sesat sikit jek..hee..balik tue kena balun ayah masing2..huhu...begitula kisah antara kisah..bila buat sesuatu tanpa dirancang..hehe..tapi kami seronok..mencipta kisah tersendiri. besoknya masing calar balar kena rotan..pergi hujung kampung..berkubang lar apa lagi kt parit.. hehe..rasanya kanak2 skg xmerasa apa kami buat..kisah yang xkan dilupakan..belajar silat..main kompang utk rewang kerja kawin...terjun sungai bt pahat...tahu kt sungai tu ada buaya..tapi kami redah jek..hahaha...ne br satu kisah..nanti lar samb...peace..love is forever

SAMBUTAN MAUDLIDUR RASUL 2013

Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH
(Tema peringkat kebangsaan)

Asal usul sambutan Maulidur Rasul.


Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda.
Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah.

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.

Saturday 19 January 2013

Program Komuniti 2013..terbaik

otai
berjaya !!!
gembiranyer mereka ne
bersama YB
rewang
wt keje bina batu tanda
isk..isk..isk
possing jek lebih..keje xmula lagi
possing bersama org kampung, dan KJKA




Thursday 17 January 2013

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

ASSALAMUALAIKUM WBH...ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA, JKA AKAN MENGANJURKAN SATU PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PADA KETETAPAN BERIKUT:

HARI: SABTU
MASA: 8.00 PAGI-5.00 PETANG
TEMPAT: SURAU KHAIRIAH, KG TELOK BELANGA,PT BARU, SABAK BERNAM
PENGLIBATAN PELAJAR: DAS, DKA DAN DSB

TENTATIF PROGRAM: GOTONG ROYONG BERSAMA QARIAH SURAU. BERSAMA KITA MEMBUAT KERJA AMAL. SEMOGA PENSYARAH,PELAJAR, MASYARAKAT KAMPUNG DAN BELIA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SIRATULRAHIM..

REGARDS.

ASSIGNMENT 2


polar coordinate 1


polar coordinate