Pages

Tuesday 28 July 2015

Diari hati: Kenali diri, syukur selalu...

Ramadan telah berlalu begitu pantas, dalam sedar atau tidak banyak perkara telah terjadi dalam hidup kita. Apakah puasa kita kali ini diterima olehNYA atau kita belajar memperbaiki kesilapan kita di masa lalu. Umur kita kian meningkat, usia dunia ciptaan Allah juga kian bergelora. Apakah syawal yang kita sambut pada tahun 2015 memberi seribu kemaafan ataupun sekadar sambutan biasa. Hari ini rata2 kita hanya sekadar menyambut sesuatu sekadar trend bukan lagi benar2 untuk mengeratkan silratulrahim. Banyak yang telah berubah jika hendak dibandingkan 20 tahun lalu. Zaman kanak2 adalah zaman paling seronok bagi saya pada masa itu. Tidak terkira gembiranya bukan kerana duit raya atau baju raya. Tetapi sebabnya masa itu macam2 kita buat. Kacau dodol, anyam ketupat, cat rumah nenek, main meriam, main mercun...semua boleh buat. Tidak macam sekarang..semuanya hanya kenangan dan tidak segembira dulu. Isu disini, semakin lama kita hidup, semakin banyak kita belajar sesuatu. semakin banyak kita meninggalkan kenangan dulu. Banyak yang kita terpaksa korbankan dan bina sesuatu yang baru dalam usaha untuk meneruskan kehidupan mendatang. Moga2 kita menjadi lebih baik, tidak berkira, sentiasa memaafkan dan sedia mengakui kesilapan dan kelemahan kita. Tiada manusia sempurna di dunia ini. Salam Kemaafan. Salam Kosong-Kosong. Saya selaku guru, kawan, sahabat dan manusia biasa juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Saya bukan terbaik tetapi sentiasa mahu menjadi terbaik. Biar org benci saya asalkan apa yang saya buat itu betul dan ikhlas. Ayuh kita ambil yang jernih buang yang keruh. Semoga kita menjadi insan yang sayang menyayangi kerana Allah dan sentiasa bersangka baik dengan manusia sekeliling. Cuma "don't brake my heart if broken consider sold". Kenali diri kita, kenali kwn2 kita, kenali keluarga kita, kenali kekuatan kita, kenali kelemahan kita dan kenali apa kita telah buat sepanjang kita hidup di dunia ini. Jangan asyik kira apa orang buat untuk kita, tetapi cuba kira berapa banyak kita buat dan usaha untuk orang lain. In sya Allah...syukur selalu...