Pages

Thursday 5 May 2016

Diari Kerja: Konvensyen KIK Peringkat PSIS 2016

Masa kian mencemburui kita, mana tidaknya apabila apa yang kita rancang untuk merencanakan satu konvensyen yang julung kali di adakan..macam2 wujud difikiran..risau pn ada dengan memikirkan apa yang terbaik untuk diberikan agar konvensyen ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Xsalah mencuba sesuatu yang baru. KIK bukan benda baru tetapi agak baru untuk PSIS ini. Rasanya sudah 2 tahun lebih dirancang dan diberi kursus supaya setiap jabatan dapat membentuk kumpulan KIK agar melahirkan kumpulan inovasi bagi setiap jabatan. jangan ditanya tentang apa yang organisasi mampu beri kepada kita tetapi apa yang kita mampu beri kepada organisasi. Jom kita ber"KIK". Semoga menjadi titik tolak untuk membudayakan cara kerja yang cemerlang dan terbaik.

Lebih baik mencuba membuat sesuatu yang baik dari kita dok cari kesalahan orang lain. Setiap kejayaan mesti ada permulaan. Semoga konvensyen kali ke 1 ini memberi inspirasi kepada orang lain untuk menyambung kesinambungan kerja yang telah dicipta. Ayuh terus maju dan jangan pernah putus asa.

Juri tanya: Kenapa pilih nama OMEGA?

kan omega tu dh biasa orang guna?
Yea Dr tetapi ini OMEGA lain.
OMEGA  ini bermaksud:
1. Originality
2. Meaningful
3. Easy
4. Green concept
5. Awesome

Terima kasih kepada OMEGA. Usaha bersama menghasilkan kejayaan. Sy gembira sebab berjaya mencipta satu lagi sejarah baru disini. Teruskan usaha di masa akan datang. Semoga lebih bersatu padu untuk ke peringkat kebangsaan nanti. Cayok2.

untuk detail,layari https://sites.google.com/site/kikpsis16










boleh layari:

https://sites.google.com/site/kikpsis16/

KEPUTUSAN PENUH

Kategori teknikal
1.  Omega: Jka
2.  Ohm : Jke
3.  C-Pop: Jmsk

Kategori pengurusan
1.  Deca : Jtmk
2.  Sphere: Jph
3.  Jaguh Perubahan: Jp

Persembahan terbaik: Omega: Jka












Monday 2 May 2016

Diari Kerja: International Innovation Design & Articulation 2016

30 April Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)

PSIS telah menghantar 3 penyertaan iaitu 1 kumpulan pensyarah dan 2 kumpulan pelajar bagi menyertai ''International Innovation Design & Articulation 2016" di Kangar Perlis Anjuran UiTM Perlis pada 28 & 29 April 2016.

Kumpulan  pensyarah bagi kategori B diketuai oleh En Saifulbahari B Mohd Rasid
(new inventor, lecturer & industry) terdiri daripada 5 orang pensyarah JKA.

Kumpulan pelajar pula bagi kategori C (students) terdiri daripada 3 orang pelajar JKA setiap kumpulan.

Kumpulan pensyarah JKA PSIS telah memenangi pingat SILVER bagi kategori tersebut.

Bagi kumpulan pelajar pula satu kumpulan dibawah seliaan Pn Munira telah mendapat pingat SILVER juga. Satu kumpulan lagi mendapat sijil penyertaan.

I-Idea 2016 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Teknologi dan Inovasi iaitu YB Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.