Assalamualaikum..Kita kerap kali diingatkan bahawa
sebahagian besar pembelajaran berlaku ketika di dalam kuliah. Ini kerana ketika
inilah segala maklumat diterangkan sebaiknya oleh Pensyarah. Andai kita tidak fokus ketika
di dalam kuliah, maka hilanglah sebahagian besar maklumat yang dipelajari.
Mengetahui hal ini, semua pelajar berusaha yang terbaik untuk meningkatkan fokus
di dalam kelas. Tetapi kalau dah mengantuk letih, bosan, macam mana nak fokus
di dalam kelas? Jadi, saya ingin berkongsi 10 kaedah memaksimakan fokus anda
ketika di dalam kuliah. MAri!
Semoga petua dan tips yang saya kongsikan ini dapat membantu anda untuk lebih fokus di dalam kelas. All the best, semua!
sumber dari http://warkahsiber.blogspot.com/2012/05/10-cara-hebat-untuk-fokus-di-dalam.html
1. Set Niat:
Apabila
anda mula berniat untuk fokus dalam kelas, niat anda didengari oleh 2 pihak.
Yang pertama ialah Allah. Tatkala mendengari niat ikhlas untuk menumpukan
perhatian dalam kelas, Insyaallah, Dia akan permudahkan segala urusan yang
baik. Yang kedua ialah tubuh anda. Tubuh anda mendengar segala percakapan anda
dan bertindak mengikut apa yang didengarinya. Inilah fungsi “Neuron Peptide”. Jika
anda berpesan kepada tubuh untuk fokus dalam kelas, segenap anggota badan luaran
dan dalaman pasti membantu anda untuk mencapai apa yang dicakapkan.
2. “Preview” Topik:
Kelonggaran
fokus lazimnya berlaku apabila kita
tidak faham tajuk yang dipelajari. Apabila mula kabur, mulalah bosan, “tension”
dan hilang fokus. Solusinya, dapatkan idea awal tajuk yang bakal dipelari. Ini untuk
memudahkan pemahaman ketika di dalam kelas. Apabila cepat anda faham, lebih
bertambah fokus anda dalam kuliah. Selain itu, apabila mudah faham, bertambahlah
juga semangat dan keseronokan anda untuk terus belajar. Ini dapat memaksimakan
fokus anda di dalam kelas.
3. Catat Nota:
Mencatat
nota ketika sesi pembelajaran dalam kuliah membantu anda mengekalkan “flow”
ataupun aliran idea yang disampaikan Pensyarah. Pelajar yang tertinggal, hilang
punca aliran idea ketika pembelajaran seringkali merasa “tension” dan tidak
lagi fokus dalam kelas. Pemahaman mereka ibarat berlubang-lubang. Yang ini
sikit, yang itu sikit. Jadi, mencatat nota dapat mengatasi masalah ini. Pelajari
teknik dan skil mencatat nota untuk menghasilkan nota yang lebih efektif.
4. Kawal Pernafasan:
Terdapat
dua teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan aktif dan tenang. Ketika di dalam
kuliah, lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta), iaitu pernafasan yang dalam
tetapi pendek. Pernafasan ini adalah pernafasan normal manusia ketika sedar.
Pernafasan ini membuatkan minda berada dalam keadaan aktif. Selepas seketika,
selangkan pernafasan anda dengan pernafasan tenang (pernafasan alpha), iaitu
menarik nafas dalam dan panjang ke dalam diafragma (paru-paru), hembuskannya perlahan-lahan.
Pernafasan alpha menghasilkan ketenangan kepada otak.
5. Postur Badan:
Postur
badan anda mempengaruhi psikologi anda. Contohnya, jika anda berbaring, pasti
akan mengantuk. Jika anda berada di dalam postur bersedia, minda anda akan
dipengaruhi untuk juga bersama bersedia. Jika anda berada di dalam postur orang
mengantuk, minda anda juga akan menjadi mengantuk. Jadi, sentiasa tegak dan
tersenyum tenang. Elakkan melakukan postur badan yang akan membuatkan minda
anda mengantuk dan tidak fokus seperti menongkat dagu, menunduk kepala, duduk
menggelongsor dan mata kuyu.
6. “Refresh” Visual:
Antara
punca ketegangan ketika belajar ialah ruang visual yang statik. Terlalu lama
melihat sesuatu yang sama akan membuatkan anda menjadi bosan dan mata menjadi
letih. Oleh yang demikian, segarkan visual anda dengan mengalihkan seketika
panorama visual anda, contohnya melihat pemandangan luar. Pemandangan semulajadi
terutamanya warna hijau mampu menenangkan dan menyegarkan mata anda. Selepas
seketika, tumpukan kembali fokus ke arah papan hitam.
7. Gerakkan Badan:
Lazimnya,
anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama 1 hingga 1 setengah
jam. Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang membuatkan
otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk menghilangkan
ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai
lagi pergerakan fizikal. Selain menghilangkan ketegangan otot, pergerakan
fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak sekaligus
menghilangkan mengantuk.
8. Minum Air:
90%
kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran, neuron-neuron
dan bahagian-bahagian otak beroperasi dengan aktifnya. Kesannya, otak akan
kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen
dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga. Untuk
mengatasi masalah ini, minum air sama ada air masak atau air bergula. Minuman
ini akan membekalkan air, oksigen dan tenaga untuk otak. Otak kembali
bertenaga, anda kembali fokus.
9. Cukup Tidur:
Kurang
tidur menyebabkan pelajar seringkali mengantuk di dalam kuliah. Apabila tidur tidak
cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya.
Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal ini
menyebabkan pelajar tidak mampu fokus. Oleh yang demikian, dapatkan tidur yang
cukup setiap hari. Tidur awal, tidur dengan postur yang betul serta ruang tidur
anda selesa, antara petua untuk anda mendapatkan tidur yang merehatkan.
10. Teknik Herotan:
Hilang
fokus juga dikaitkan dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang
membosankan. Kembalikan keceriaan dengan Teknik Herotan. Teknik ini adalah
antara teknik menghilangkan stress mengikut kaedah NLP, iaitu mengherotkan
realiti, cuma diolah sedikit untuk sesi pembelajaran. Herotkan data anda
daripada realiti seperti menukar teks kepada lukisan lucu, cerita lucu dan tulisan
lucu. Selain itu, herotkan juga pensyarah anda dengan membayangkan dia mempunyai
telinga Mickey Mouse, suara Donald Duck dan berbentuk seperti Patrick. Sedikit keceriaan
akan mengembalikan fokus anda. Cubalah.Semoga petua dan tips yang saya kongsikan ini dapat membantu anda untuk lebih fokus di dalam kelas. All the best, semua!
sumber dari http://warkahsiber.blogspot.com/2012/05/10-cara-hebat-untuk-fokus-di-dalam.html
0 comments:
Post a Comment