Assalamualaikum..Hidup
memang bermasalah. Betul, kan? Siapa yang dekat dunia ini hidupnya tak ada masalah?
Sultan ada masalah, PM ada masalah, CEO ada masalah, pelajar ada masalah, makcik
“cleaner” ada masalah, tukang kebun ada masalah, pak “guard” ada masalah,
sampaikan “baby” yang kecil tu pun ada masalah. Mana taknya, nak mandi sendiri
tak boleh, nak makan sendiri tak boleh, nak tidur sendiri pun tak boleh. Terpaksalah
mak dan ayah dodoikan si kecil tu. Nak dodoikan anak pun masalah, mak dan ayah
pakat-pakat lawan tolak, “Abang buatlah”, “Mak dia la lagi baik dodoikan”.
Aiisshh, masalah, masalah, masalah!
Jadi, apa yang kita nak bincang hari ni? Yang
pastinya, kita bukannya nak senaraikan masalah-masalah dekat dunia ni. Memang
tak habis “list” la kalau nak senaraikan satu-satu. Untuk kali ini, kita nak
tengok dan faham sedikit tentang masalah. Apakah asas berlakunya masalah? Apakah
yang perlu kita faham apabila masalah timbul? Inilah persoalan-persoalan utama
dalam hidup kita sehari hari.
Apa
yang saya senaraikan di atas hanyalah sebahagian daripada masalah yang kita
hadapi dalam hidup kita seharian. Bahkan, ada dalam kalangan kita yang telah
dan masih menanggung masalah tersebut semenjak bertahun-tahun. Pertanyaan utama
ialah KENAPA KITA ADA MASALAH? Asasnya, setiap masalah yang berlaku, adalah cabang
daripada apa yang kita ada dalam hidup. Kalau kita ada kerja,kita akan ada masalah
tentang kerja. Kalau kita ada kawan, kita akan ada masalah tentang kawan kita. Kalau
kita belajar, kita akan masalah berkaitan pelajaran kita. Kalau kita ada anak,
kita akan ada masalah berkaitan anak kita. Kalau kita ada kereta, kita akan
masalah tentang kereta.
Penyelesaiannya,
tak payah BUAT apa-apalah dalam hidup kita. Senang, baru takda masalah. Kan? Tapi,
apalah nikmatnya hidup kalau tak peroleh apa-apa. Hidup tanpa kerja, hidup
tanpa kawan, hidup tanpa cinta, hidup tanpa harta, hidup tanpa keluarga. Semua
ini menunjukkan pencapaian dan usaha yang telah kita lakukan dalam hidup kita,
dan inilah hasilnya. Jadi, apa yang kita perlu sedar dan tukar sekarang ialah
KITA TAK MUNGKIN DAPAT LARI DARIPADA MASALAH. Apa yang kita ada, itulah masalah
yang bakal kita ada. Mula terima hakikat yang hidup tak bermasalah adalah hidup
yang tak mungkin. Kita memang akan dibebani dengan masalah. Sama ada kita yang cipta atau kita menjadi mangsa, masalah tetap akan datang. Yang membezakannya
hanya kecil besar masalah itu dan bagaimana kita menghadapinya. Oleh yang demikian, kita harus BERSEDIA!!!
Tapi,
kita mungkin memikirkan yang kenapa hidup orang lain nampak macam senang, nampak
macam takda masalah. Contohnya, kita cemburu melihat orang yang mempunyai syarikat
besar. “Bahagia je si Leman tu, syarikat besar, kereta besar, bini besar..Kita
ni pantang lekat bahagia, ada je masalah.” Namun, prinsip berharga yang kita
pelajari hari ini ialah setiap yang kita ada, pasti akan timbul masalah
daripadanya. Dengan syarikat yang lebih besar daripada kita, masalahnya mungkin
lebih banyak. Macam mana nak tambah keuntungan berganda bagi menapung kos
operasi yang meningkat? Macam mana nak memastikan setiap 200 pekerjanya berpuas
hati dan menjaga imej serta kualiti syarikat? Macam mana hendak memastikan
syarikatnya yang telah popular tidak merudum dan tersungkur menanggung malu? Nampak
sekarang? Tiada orang yang mampu lari daripada masalah. Tiada orang yang tiada
masalah.
Ingat,
jika kita mula mengubah persepsi daripada HANYA KITA YANG ADA MASALAH kepada
SETIAP ORANG ADA MASALAH, kita dapat mengurangkan fokus minda kita memikirkan
tentang orang lain. Fokus kita hanya akan lebih terarah kepada masalah yang
kita hadapi dan bukan lagi kesenangan yang orang lain perolehi. Jangan terlampau
stres memikirkan kesusahan dan kepayahan kita dengan membayangkan kesenangan
orang lain. Itu hanya persepsi songsang minda kita yang
menjadikan masalah kita
bertambah bermasalah. Bila masalah tambah bermasalah, kita mula tertekan
dan stres. Kesan tekanan yang memuncak ini, manusia mula iri hati,
manusia mula dengki, manusia mula bergaduh, manusia mula bertengkar,
manusia
mula menghancurkan satu sama lain.
Jadi,
mulai sekarang, ubah minda dan ubah persepsi yang BUKAN KITA SAHAJA YANG ADA
MASALAH, SEMUA ORANG ADA MASALAH. Dan, untuk baiki masalah kita, baiki minda
kita terlebih dahulu. Persoalan berikutnya ialah apa yang perlu kita lakukan?
Macam mana nak selesaikan masalah kita? Fikir fikirkan yea...selamat Maju jaya
sumber olahan http://warkahsiber.blogspot.com/2013/03/masalah-masalah-masalah.html
0 comments:
Post a Comment