Assalamualaikum dan salam sejahtera...Ulangtahun ke 2 sambutan Jalinan MEsra Hari Raya JKA 2014 telah berlangsung dgn jayanya pada hari ini 15.8.14...Program yang baik yang mengeratkan hubungan siratulrahim antara pelajar dan pensyarah dari JKA. Syukur kepada Allah kerana program yang dirancang ada pengisian dan matlamat. Semoga pelajar2 JKA sporting dan menyokong semua program yang kami usahakan untuk kowg semua. Berselfie tidak mengapa asalkan tidak selfish...walaupun secara keseluruhan jumlah pelajar separuh berkurangan, makanan abis di makan dan para jemputan dari VIP dari jabatan lain turut hadir sama...Semoga tahun hadapan ianya lebih menarik dan akan ditambah dengan pengisian yang lebih meriah. Terbaik JKA....Semoga ikatan siratulrahim antara pelajar DKA, DAS dan DSB bertambah baik. Hubungan dengan pensyarah pun bertambah baik...hormatilah kami sebagai guru kowg semua..sebagai manusia yang lebih berpengalaman. Jika tidak, sia sia ilmu yang dapat sebab tiada KEBERKATAN. Bersama kita memohon maaf, salam kosong-kosong agar Allah rahmati hidup kita yang singkat ini. Saya bersyukur sbb diberi peluang bekerja disini untuk ketika ini. Semoga seluruh bekas pelajar saya sekarang, yang lepas dan akan datang menjadi manusia yang berguna, berjaya dan ingat jasa kami yang mencipta kerjaya kamu hari ini dan dimasa akan datang..itu niat utama saya cetuskan program seumpama ini. Sebab tidak guna kita ego untuk mengaku kesilapan dan berlagak sombong kerana merasakan diri sendiri sempurna. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Janganlah sentiasa mencari kelemahan dan kesilapan kami sebagai pensyarah. Tetapi berusaha sendiri untuk terus belajar dan lulus periksa. Buang sifat malas belajar, suka meniru, datang lewat, ponteng kuliah dan lewat hantar tugasan. Bagaimana hendak bekerja nanti, kalau kerja yang senang pun tidak boleh selesai dalam masa yang ditetapkan. Terlalu banyak bertangguh dan terlalu banyak alasan. Bukan semua macam tu, tetapi kebanyakanya. Semoga syawal ini, menjadi platform kita untuk muhasabah diri kita untuk menjadi pelajar cemerlang, pelajar yang menghormati masa, pelajar yang menghormati pensyarah. Sayangi kami sebagai pendidik dan guru. Bukan hanya tahu mencari kesalahan kami semata-mata. Kami ikhlas mendidik anak bangsa kami untuk menjadi pewaris Jurutera di masa akan datang. Mudah-mudahan Malaysia terus aman dan sambut kemerdekaan kali ke 57.Pesanan akhir saya, Jaga solat, jaga aurat, dan jaga maruah. Salam Kemerdekaan dan semoga maju jaya. Moh kita terus maju jaya bersama-sama...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment