Tamat susah episod puasa, kini kemeriahan hari raya kian terasa. Masing-masing dalam mood hari raya terasa berat hati untuk pergi ke kelas..berat hati untuk belajar. Rata-rata yang datang ke kelas agak kebingungan kerana ada yang baru sampai..ada yang tertido lena..Rasanya ramai yang tidak setuju jika buat ujian selepas naik cuti raya..Tp bagi saya..kalau bagi minggu depan sekalipun..hasilnya tetap sama. Rata-rata pelajar tidak amik port dalam kelas (sambil lewa dan ambil mudah). Yelar maybe bagi kebanyakan mereka, ilmu Traffik ne xberapa penting pun..kalau baca sikit dah boleh jawab ne..Tp bila tgk soalan..ya Allah..mcm xpernah belajar jek...ermm...rasanya jika kowg dok kt tempat saya..apa rasanya..nota dh bagi...rumus dah bagi..xkn jawapan pn nk bg...ermm...
Kesimpulannya, menuntut ilmu itu perlu ada buku rujukan...utk traffik ne boleh pinjam buku di perpustakaan atau beli di mana-mana pengedar. Sy sertakan buku rujukan traffik yang boleh digunapakai sepanjang pengajian.
Kesimpulannya, menuntut ilmu itu perlu ada buku rujukan...utk traffik ne boleh pinjam buku di perpustakaan atau beli di mana-mana pengedar. Sy sertakan buku rujukan traffik yang boleh digunapakai sepanjang pengajian.
Author : Roger P Roess; Elena S Prassas ; William R McShane
Publisher : Pearson Education, New Jersey 2011
Publisher : Pearson Education, New Jersey 2011
Prentice Hall, 1998 - 714 halaman
Pengarang Nicholas Garber
Pengarang:
Y.H. Huang
Pengarang:
A. T. Papagiannakis
Apa yang penting disini..buku rujukan ini sangat penting bagi memberi kefahaman kepada kita untuk lebih faham tentang sesuatu ilmu yang kita belajar. Tidak berguna buku rujukan sepenuh almari tetapi dalam ingatan kita kosong dan tiada apa-apa.
Selain itu juga, sering kali diingatkan supaya membuat persediaan sebelum menjawab soalan peperiksaan. Tidak kira apa juga subjek, caranya tetap sama...
1) Pastikan mempunyai nota kuliah daripada pensyarah, jika tidak pergi fotostat atau download nota dari blog ini.
2) Pastikan meminjam lebih dari satu buku rujukan di perpustaakaan.
3) Pastikan tajuk ujian yang akan keluar untuk peperiksaan. Senarai topik-topik yang berkaitan dalam bab itu. Sebagai contoh bab 1, senaraikan semua tajuk-tajuk penting yang ada dalam topik satu. Senaraikan jugak rumus yang berkaitan.
4) Buat peta minda atau salin nota ringkas di kertas lain. Ini kerana untuk lebih faham sesuatu ilmu... Pelajar harus tulis, baca, dan hafal. Baru boleh lekat dalam ingatan.
5) Cari masa sesuai untuk belajar. Ada orang waktu pagi, ada waktu malam. Ikut kesesuaian. Buang tabiat MALAS BELAJAR dan berharap untuk MENIRU, GUNA HANDPHONE dan berbincang dengan kawan sebelah. Ada beza masa menjawab UJIAN dengan sesi berbincang dalam kelas. TABIAT buruk ini harus dibuang dan amat tidak sesuai digunakan untuk pelajar IPTA.
6) Berusaha untuk mengulangkaji pelajaran dengan cara sendiri atau berkumpulan. Jika tidak ada, wujudkan satu kumpulan untuk belajar. Ini kaedah yang sangat efektif untuk cepat faham. Bukan kawan ini hanya untuk wasuup, facebook, skandal, selfie semata-mata. Jadilah manusia yang matang dan berakhlak.
Allah suka kita jadi manusia berakhlak. Apa itu manusia berakhlak?
1. Taat perintah Allah
2. Tunaikan Solat 5 waktu sehari semalam dan pergi ke masjid
3. Jujur dan amanah
4. Tidak menipu diri sendiri dan kawan dan keluarga
5. Tidak bercakap bohong
6. Tepati masa
7. Hormati orang yang lebih tua-hormati ibu bapa, hormati semua guru dan pensyarah
8. Jangan berlagak sombong atau bodoh sombong. Banyakkan bertanya bukan diam tidak faham. Sudahnya salahkan pensyarah dan orang sekeliling di atas kegagalan diri sendiri.
9. Banyakan berdoa dan baca al-quraan
10. Elakan dan jauhi maksiat. Tutup aurat dan jaga maruah.
Allah suka kita menjadi manusia yang sempurna dan tidak membuang masa. Hidup kita ini tidak lama. Apa yang kita buat hari ini, semuanya ada dalam buku diari kita. Buku simpanan kita. Lagi banyak kita melakukan maksiat dan lupa perintah Allah. Lagi banyak kita lupa diri. kembali ke pangkal jalan. Pulanglah ke niat asal kita.
Datang sini untuk belajar bersungguh-sungguh dan ingin menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat. Kerana amalan baik yang kita kerjakan akan memberi cahaya dan ketenangan pada diri kita sendiri.
Bersama kita menjadi manusia yang positif, bersangka baik dan belajar bersungguh-sumgguh. Kuatkan azam 2014. Perbaiki kelemahan diri, muhasabah kekurangan dan kelemahan diri. Cari kawan dan sahabat yang betul untuk membimbing kita ke arah kebaikan. Cuba renung sejenak? Adakah aku ini seorang kawan yang membawa kawan aku ke SYurga atau ke neraka. Boleh pilih dan boleh buat keputusan. Masa sangat singkat adik2..Selagi Malaysia masih aman dan belum di serang dengan kezaliman. Nikmati dengan jiwa yang baik. Mudah-mudahan selepas ini, semua pelajar saya menjadi pelajar contoh zaman berzaman. Jadilah manusia berakhlak yea..sekian terima kasih..saya sayang semua pelajar saya...
ikhlas dari:
Sir SAiful
0 comments:
Post a Comment