Pages

Monday 3 March 2014

APA? ANUGERAH POPULAR UNTUK PENCINTA NOVEL

Seingat saya (kalau tak silaplah) cerita fasal anugerah untuk penulis ni pernah digosipkan pada perjumpaan sempena hari raya tahun lepas. Tak sangka pulak perkara ni betul-betul diadakan. Tetiba teringat temubual Novelist Laila Kamilia di TV1 Sabtu lepas. Kata pengacara, penulis umpama selebriti. Tergelak saya bila dengar. Tapi bila saya Alaf21 dan bos-bos besar mula mewar-warkan, saya mula rasa tempias selebriti..(haha..sangatlah poyo kan?)
 
Tapi bila tengok dalam suratkhabar dah terpampang besar nama tu, hanya 'wah!' yang keluar dari mulut saya. Biar betul. Orang ramai kena 'pangkah' saya untuk kategori yang dipertandingkan? Termenung kejab, lepas tu sengih sendiri. Tapi rasa syukur yang amat sangat. Dalam banyak-banyak nama penulis baru, terselit juga AIREEN ERINA di situ.
  




Nampak tak? Ada nama AIREEN ERINA di situ..hehe..bukanlah nak berlagak..cuma nak bagitau, terharu ni. Kategori PENULIS HARAPAN (harapanlah sangat kan? hehe) dan COVER PILIHAN. yang tu kalau menang pastilah kredit diberi pada para pereka grafik alaf yang canggih-canggih ideanya. Apa tak canggih ke idea cover tangan yang menggapai di atas katil pengantin tu? Siap taburan kuntum-kuntum ros yang terlerai lagi..hehe..Jadi, jom lah beli SINAR HARIAN mulai 1-29 Mac 2014, ada borang yang boleh anda isi. Ada yang bertanya, tak boleh undi online ke? Oh, pastilah tidak ya adik-adik sayang. Ini bukan pilihanraya kampus ya! Jadi tiada UNDI ONLINE.  Kena dapatkan juga Sinar Harian. Jangan lupa pilih 5 untuk setiap kategori ya. Dan jangan lupa vote untuk AIREEN ERINA. Ha...tengok, sempat juga meraih undi..hehe..jangan marah. Kita tanda suka-suka aje. No pressure ya sayang-bucuk semua.
 
Kalau nak tengok lebih jelas lagi, jom kita teropong hasil yang telah siap diedit oleh Novelist NINA ROSE yang sangat rajin dan kreatif jemarinya!
 

Ha..cantik kan hasil Novelist NINA ROSE ni. Tabik spring beta pada tuan hamba..hehe..Okey pesanan terakhir, jangan lupa dapatkan SINAR HARIAN dari 1-29 MAC. Undi penulis pilihan anda. Okey..bye..daaaa...
 
 
p/s: Pilih 5 untuk setiap kategori. Bukan 1 aje..Ala, macam undian awal Anugerah Bintang Popular tu..
 
dipetik daripada http://aireenerina.blogspot.com/
 

0 comments:

Post a Comment