Pages

Monday 22 September 2014

Diari: Kenapa perlu ada matlmat?

Setiap orang dilahirkan di dunia ini mempunyai matlamat. Allah jadikan kita insan supaya kita taat dan beribadah kepadaNya. Namun di dalam kita mengejar matlamat kita terdapat banyak kekangan, sama ada kekangan itu datang atau wujud tanpa kita undang. Perlukah kita mempunyai matlamat?? Apa gunanya matlamat? Ada orang kata, hidup ini macam arus air di sungai, kita biarkan jek dia mengalir tanpa arah asalkan tidak tersesat jauh. Ada orang kata hidup ada matlamat atau tidak, tiada bezanya sebab qada dan qadar itu dh ada. Jadi jangan risau, sbb semua memang dah ketentuan tuhan.


Ideologi yang malas ini sangat bahaya kerana meresesap masuk ke jiwa generasi sekarang kerana rata-rata anak zaman sekarang ibu bapa nya sudah hidup selesa. Apa yang mereka hendak boleh dapat dengan senang tanpa perlu berusaha lebih. Ada yang datang belajar pun sebab ibu bapa suruh bukan kerana ilmu dan kepentingannya kepada diri tetapi lebih kepada terpaksa.

Kebanyakan hari ini pelajar ke kelas sebab tiada matlamat? Tidak jelas matlamat dan tidak mahu faham matlamat. Bagi mereka apa yang penting, datang kelas, sembang2 dan balik. Touch and you go. Ilmu yang disampaikan di ambil mudah dan tidak kisah. Sebab merasakan ilmu yang dibelajar hanya untuk peperiksaan. Bukan untuk diri itu jadi bijak pandai. hairan kan? Saya tidak kata semua macam itu. Tapi kebanyakan pelajar hari ini.

Marilah kita semua BERUBAH. TIME TO CHANGE. When you change your thinking, you change your mind, you change your attitude, you change your believe and you can change your expectation. That means, you can change everything when you change your mind. Rasanya kata2 ini dah berzaman digunakan. Tetapi memang benar kata2 keramat ini.


So, apa tunggu lagi. Jom kita berubah jadi insan yang lebih baik. Insan yang ada matlamat. Insan yang ingin berjaya di dunia dan akhirat. Belajar itu tidak susah kalau kita ada matlamat. Bina dan cipta matlamat diri sendiri mengikut corak yang kita hendak. Kita sambungkan matlamat kita selari dengan USAHA dan PENGORBANAN.

Bisik dalam diri sendiri setiap hari. Hari ini apa matlamat aku hidup. Apa yang aku akan lakukan. Apa lagi kerja yang belum aku selesaikan. Tulis dan simpan dalam hati ketat2 agak ia tersemat erat dalam jiwa naluri. Buang prasangka buruk terhadap sekeliling. Buang rasa rendah diri. Perbaiki kelemahan diri yang ada. Ingatlah, Allah sentiasa ada bersama kita. Positif dan beri peluang pada diri sendiri untuk berubah.

Setiap hari adalah hari baru untuk kita. Ingat tu...
so,

Semoga kita berjaya kejar matlamat hidup kita. Matlamat kita belajar dan matlamat kita semuanya.

Sebabnya, kitaran masa terus berlalu..
Jom kita ada matlamat...


0 comments:

Post a Comment