Pages

Monday 2 February 2015

Makluman: Seminar ENVIRO 2015


JEMPUTAN MENYERTAI SEMINAR PENYELIDIKAN ENVIROPOLY 2015 PERINGKAT KEBANGSAAN

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor dan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) akan mengadakan Seminar Penyelidikan Enviropoly 2015 dalam mendokong dasar teknologi hijau kebangsaan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dan mengalakkan penggunaan meluas teknologi hijau.  Objektif seminar penyelidikan ini adalah untuk memperkasakan penyelidikan dalam semua aspek terutamanya pembangunan teknologi hijau dan meningkatkan daya saing dalam teknologi hijau di persada antarabangsa oleh warga penyelidik, akademik dan industri dalam memuliharakan alam sekitar.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah dijemput untuk menyertai seminar ini yang akan diadakan pada ketetapan berikut;

        Tarikh    : 10 – 11 Jun 2015
        Tempat  : Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor
        Tema     : “MEMPERKASAKAN PENYELIDIKAN KE ARAH KECEMERLANGAN HIDUP”

Maklumat mengenai seminar penyelidikan EnviroPoly 2015 ini boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang http://jtmk.psis.edu.my/upi_psis/enviroPOLY . Borang penyertaan seminar ini boleh diperolehi daripada laman sesawang tersebut. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara berkaitan, sila hubungi Dr. Abu Zarrin bin Selama(03-32806302 /0195793208), atau Pn. Mazlina bt Jamaludin (03-32806373 / 0195900673) atau Cik Zaluna binti Basirun (013-7687353).

Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



email: enviropoly@psis.edu.my

0 comments:

Post a Comment