Pages

Monday 2 March 2015

Diari: Sindiran vs pujian


Assalamualaikum..dan salam sejahtera..diari kali ne..bercerita mengenai pentingnya pelajar untuk membaca dan mengulangkaji pelajaran...Ramai antara pelajar..langsung tidak mengulangkaji pelajaran terutama ketika menghadapi kuiz ataupun ujian. Ini adalah punca terbesar mengapa dan bagaimana keputusan pelajar agak teruk dan mendukacitakan. Sifat sambil lewa, cuai dan tidak fokus ketika sesi kuliah menjadi virus kepada pelajar semua. Almost pelajar tidak berminat dan tidak serius ketika sesi kuliah. Maybe cara kuliah yang lain perlu dilaksanakan bagi menarik minat pelajar untuk belajar. Sekarang ini adalah isu kemudahan...kita kekurangan fasiliti untuk projector..mix...speaker..kelas tertutup..tiada kerusi...ini sedikit sebanyak mengganggu fokus pensyarah untuk memberikan yang terbaik kepada pelajar. Tetapi jangan di jadikan alasan itu sebagai punca kegagalan. Bagi tempoh sebulan ker..setahun ker untuk stadi.. keputusan tetap sama. Berusaha untuk meniru sahaja..Nk garang sangat serba salah..kata kami tidak sporting...dibiarkan makin lemak..makin hilang hormat kepada pensyarah..Bagaimana dan apakah cara terbaik untuk mendidik pelajar sekarang. Bagi nota pn xfotostat..bg blog..bg link..semua online..tetapi masih lagi ada yg beralasan.. Macam mn tu? Mari semua..Ayuh kita berubah untuk menjadi pelajar cemerlang..pelajar yang konsisten.. pelajar yang bersungguh sungguh..pelajar yg serius..pelajar tidak banyak komplen dan pelajar yang sayang akan ilmu. Dalam hidup ini, kita perlukan 4 perkara penting:

1. Disayangi
2. Difahami
3. Dihormati
4. Dihargai




Betul ker?

Kita hendak orang sekeliling kita untuk sayang kita? tetapi apakah kita memberi kasih sayang kepada orang lain? Kita berkira tentang nilai sayang ibu bapa kita tetapi adakah kita benar2 memberi kasih sayang kepada ibu bapa kita?

Persoalan demi soalan...menjelma dan boleh dipersoalkan..

Betul ker dari sayang lahirnya rasa untuk memahami?
kalau xsayang...xperlu difahami ker perkara itu?

Bagi kebanyakan orang..saya rasa iyea...sebabnya...inilah kehidupan..

oleh itu..sama jugak dengan ilmu atau bidang yang kita ceburi...


Tolonglah belajar untuk sayang bidang Kejuruteraan ini...suka la dengan subjek highway dan traffic ini...
Cuba untuk sayang..untuk faham subjek ini...hormatilah dan hargailah ilmu ini seadanya..

Insyallah..setiap usaha yang baik akan memberi ganjaran yang setimpal..

Jangan berhenti berputus asa...jangan berhenti berharap dan jangan pernah menyesal...

Saya berharap perubahan demi perubahan untuk pelajar-pelajar saya..buat keje bersungguh sungguh.. wt tugasan..buat pembentangan biar serius sikit...

Malu la...kalau buat keje cincai boncai...sedih sgt anak bangsa saya..TIADA KUALITI...
 

Sy sentiasa memaafkan dan berusaha menjadi fasilitator terbaik..sy berusaha memberi semua yg saya ada..sy mengharapkan hasil yang luar biasa dan berkualiti.

Semoga semua bekerjasama dan bersama kita berjaya kerana Allah...Amin..



0 comments:

Post a Comment