Pages

Saturday 5 September 2015

Diari Maklumat: Kempen "Asingkan"...Baguslar kan....


Asingkan sisa demi masa depan anak-anak kita. Jom kita dengar pesanan ringkas yang dibawakan oleh SWCorp Malaysia dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN).

Bermula hari ini, kesemua isi rumah dari 7 buah negeri iaitu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Kuala Lumpur dan Putrajaya diarahkan untuk memulakan pengasingan sampah terutama sisa pepejal  secara mandatori.

Tujuan arahan mengasingkan sisa pepejal ini adalah bagi mengatasi masalah pelupusan sisa berkenaan yang dilihat semakin meruncing.

Memetik laporan The Malaysian Insider, sehingga ini perlaksanaan denda berlum dilaksananakan kerana setakat ini ia adalah sebagai langkah advokasi bagaimanapun isi rumah yang gagal mengasingkan sisa pepejal di punca hanya akan diberikan notis amaran sebelum penguatkuasaan sepenuhnya undang-undang kepada mereka yang ingkar dilaksanakan bermula 1 Jun tahun depan.

Berdasarkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672), denda kompaun maksimum sehingga RM1,000 boleh dikenakan terhadap penduduk yang enggan melaksanakan pengasingan sisa pepejal.

Dalam perlasanaan ini orang ramai perlulah mengasingkan sampah mengikut jenis iaitu bahan yang boleh dikitar semula, sisa baki, sisa pukal serta sisa kebun di tempat berasingan sementara menunggu hari kutipan yang  ditetapkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).


Kaedah kutipan oleh konsesi dilaksanakan mengikut formula 2+1 iaitu kutipan dua kali seminggu untuk sisa baki manakala seminggu sekali masing-masing bagi sisa kitar semula, sisa pukal dan sisa kebun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Datuk Ab Rahim Md Noor berkata penguatkuasaan akta itu adalah tepat pada masanya kerana selain mampu mengurangkan%an jumlah sampah yang dihantar ke tapak pelupusan sehingga 40%, ia juga dijangka dapat meningkatkan kadar kitar semula melebihi 22% menjelang 2020.

Pada masa kini kira-kira 33,000 tan sisa pepejal yang dikumpul setiap hari di mana daripada jumlah itu hanya 10.5% daripadanya dikitar semula manakala selebihnya dilupuskan di tapak pelupusan.

"Selain dapat membantu menambahkan jangka hayat tapak pelupusan, pelaksanaan akta ini juga diyakini dapat meningkatkan kadar kitar semula kepada lebih 22% menjelang 2020," katanya baru-baru ini.

Mengenai penerimaan masyarakat terhadap pelaksanaan akta pengasingan sisa pepejal di punca itu, Rahim berkata secara asasnya, orang ramai sedar akan kepentingan mengasingkan setiap sampah namun masih keberatan untuk melakukannya di rumah.

"Sebab itu kita  lancar Ops Mata Hati bagi memantau sejauh mana penduduk setempat mengasingkan sisa pepejal di rumah, selain untuk membiasakan masyarakat dengan penguatkuasaan dasar tersebut," katanya




















0 comments:

Post a Comment