Pages

Saturday 23 August 2014

Makluman :Camp Traffic 2014

Rasanya target saya kali ini untuk buat Camp Traffic 2014 tercapai dengan jayanya. Terima kasih kepada semua. Sudah lama saya merancang perkara ini agar ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kali ini buat pertama kalinya jumlah pelajar yang ramai mencecah 160 orang. Iaitu seramai 89 orang dari kelas 5A dan 5B manakala 71 orang daripada kelas 5C dan 5D. Kawasan kajian adalah di Kuala Selangor. Kenapa saya pilih Kuala Selangor? Sebabnya lokasi kajian adalah yang strategik dan terhampir dengan institusi kita. Sebagai permulaan 10 group bagi setiap sesi. 12 hb ogos 2014 dan 10 group lagi pada 20 ogos 2014. Rasanya data kajian kali ini lebih meriah kerana ianya difokus pada satu kawasan kajian sahaja dan mengambil masa tidak sampai sehari. Diharapkan pelajar2 saya dapat siapkan report yang terbaik seperti yang kami semua harapkan. Semoga berjaya. Semoga selepas ini ada kesinambungan dari kawan2 lain untuk teruskan camp seumpama ini agar pelajar lebih dekat dan faham akan sistem Traffik yang kita ada. Terbaik!! Tunggu kawan-kawan lain bagi gambar kumpulan sebab saya nk buat report...huhu







0 comments:

Post a Comment