Pages

Thursday 21 August 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...Salam Merdeka Buat Malaysia 57 tahun


Merdeka...Merdeka...Merdeka...Laungan keramat yang biasa dilaungkan oleh kita xkira la siapa pun kita, dari mana pun asal kita...matlamat dan keinginan kita tetap sama. Dari tahun ke tahun, slogan mahupun kata-kata semangat kita zahirkan untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia tentang erti menghargai kemerdekaan. Saban generasi muda, pertengahan mahupun veteran berperanan besar dalam mengekalkan kemakmuran, kemajuan dan kehormanian negara kita tercinta.

Ancaman luar silih berganti dari segenap ruang mencari kelemahan kita. Samada dari segi media sosial, media elektronik mahupun hubungan antarabangsa. Kita harus sentiasa bersyukur kepada Allah sebab sentiasa memelihara kita daripada saling bergaduh mahupun menindas antara kaum dengan kaum yang lain.

Tidak dinafikan hari ini, memang wujud jurang pendapatan antara warga kita yang desa , pekan, bandar mahupun metropolitan yang maju. Tetapi jurang ini perkara biasa kerana kita percaya Rezeki setiap orang tidak sama bergantung kepada usaha, takdir dan nasibnya. Sebab itu dalam agama islam kita ada rukun islam dan rukun iman. Rata -rata hari ini tahu apa itu rukun islam, tetapi berapa ramai yang betul-betul faham dan buat dengan betul? Persoalannya sesetengah daripada kita hanya islam pada nama tetapi tidak pada hati dan lidahnya. Fenomena ini merupakan satu ancaman terbesar bagi kita kerana ini akan mengakibatkan banyaknya orang berpaling tadah, bermuka-muka dan tidak setia.
Mari kita imbas apa itu Rukun Islam dan Rukun Iman. Pastu kita tengok pula Rukun Negara kita. Ayuh!

RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar. 

RUKUN NEGARA

1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

Tahun ini temanya Disini Lahirnya Sebuah Cinta.... penuh makna tersirat. Setiap dari kita pasti mempunyai pandangan tersendiri mengenai ayat ini tetapi yang pastinya Tragedi demi tragedi yang melanda negara kita membuatkan kita lebih dekat dengan Allah, lebih bersatu, lebih beringat dan lebih sedar tentang pentingnya sumbangan setiap individu rakyat Malaysia dalam mengekalkan Kedaulatan dan keamanan yg sejagat. Semoga Allah sentiasa bantu kita untuk mengelakkan berlakunya peperangan, berlakunya perpecahan, kacau bilau dan pergaduhan antara kaum. Sejarah dulu membuktikan kepada kita tentang kebenaran, tentang hakikat menjadi pejuang melawan musuh. Musuh kita hari ini tidak seperti dulu. Ianya tidak jelas, tersembunyi dan lebih bahaya dari jangkaan kita. Tragedi Lahad Datu, MH370, MH17 khususnya memberi gambaran awal bahawa kita tidak boleh terleka dan dibuai mimpi. Banyak lagi yang wajib kita buat, kita usahakan bersama agar semuanya berjalan lancar. Kepada pemimpin negara, Tahniah diucapkan di atas usaha anda untuk terus memajukan negara kita., menaikkan ekonomi dan taraf hidup rakyat Malaysia hari ini. Terima kasih kerana tanpa pengurusan negara yang baik, pastinya kita sudah dijajah buat kali kedua. 

Setiap kepimpinan pengurusan pasti ada cacat celanya dan kelemahan. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia mari kita bantu bersama untuk menjaga kerhormatan kita, kedamaian negara kita, pembangunan tamadun negara kita dan kesaksamaan antara kita agar tiada sifat Iri hati, dengki, khianat, tidak setia, bermuka-muka, musuh dalam lipatan, zalim dan terlalu pentingkan diri sendiri. Marilah kita sebagai guru, sebagai pelajar, sebagai pentadbir, sebagai pengurusan, sebagai keselamatan teruskan usaha bersama sama untuk memartabatkan nama Malaysia di persada dunia. Kita beri sumbangan, kita bantu dan kita hargai usaha orang lain. Jangan kita hanya mencari silap orang walhal kita sendiri tidak menyumbang apa-apa. Tidak guna bercakap banyak tetapi hasilnya tiada. Kurangkan kontrovesi, tingkatkan prestasi. Rasanya itu lebih sedap di dengar dari kita hanyut di lautan kebencian.

Cuba kita renung sejenak, Hari ini umur kita sudah 25 tahun..contohnya..Apakah sumbangan kita kepada negara? Apakah peranan kita terhadap kemajuan negara? Berapa pencapaian yang kita telah buat untuk diri sendiri, untuk keluarga dan negara? Adakah semua yang kita buat itu ikhlas atau sentiasa mengharapkan balasan setimpal?? So, inilah gejala yang kita tidak mahu ada dalam diri kita. Rasanya kalau semua orang Islam hari ini patuh perintah ALLAH, saya pasti tiada jenayah. Tiada maksiat, tiada DADAH, tiada rogol, tiada pecah rumah, tiada mat rempit, tiada Bohsia, tiada Pelacuran, tiada judi, tiada arak, tiada rokok dan tiada berlaku zina.

Oleh itu, mari kita kembali kepada asal kita, mari kita jaga solat, jaga aurat kita, jaga percakapan kita jaga maruah kita dan jaga iman kita. Saya yakin dan pasti apabila kita benar-benar takut akan Allah dan seksaan api neraka. Insyallah tiada kejahatan di dunia ini. Saya sentiasa berdoa agar saya, pelajar-pelajar saya dan seluruh warga Malaysia. Marilah kita berubah. Time to change diri kita sendiri. Buang sifat malas, sifat buruk sangka dengan kawan sendiri, buang sifat suka buang masa, buang sifat negatif dalam diri. Bagi peluang pada diri kita untuk berubah kepada yang asal. Cinta kepada Allah adalah cinta abadi yang kekal hingga ke akhir hayat. Cinta kepada diri sendiri, cinta kepada nabi dan rasul...cinta kepada Al quraan dan cinta kepada keluarga. Apabila kita sudah reset, kita akan jadi orang yang baru. Orang yang faham erti cinta kepada semua.

57 tahun itu bukan sekadar angka tetapi perjuagan kita untuk kekalkan yang ada. Insyallah, apabila semua orang sayang Allah, sayang diri sendiri, sayang kepada manusia. Pasti kecintaan terhadap negara bertambah dengan serta merta. 

Adakah sistem pendidikan hari salah? adakah ibu bapa salah? guru2 salah mendidik? Sehingga ramai antara kita BERANI LANGGAR perintah ALLAH. Berani menidakkan balasan akhirat. Ambil mudah dan BERANI MENCABAR kekuasaan Allah.

Marilah kita semua bersama-sama jadi manusia yang Baik, Positif, BErsangka baik antara kita, Jujur, Amanah, Tabligh dan Fatonah. Amin.

0 comments:

Post a Comment