Pages

Wednesday 2 March 2016

Diari kerja: GARIS PANDUAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

OBJEKTIF

 i. Konsep pengurusan secara kemanusiaan, iaitu pengurusan yang menekankan aspek modal insan yang merupakan aset terpenting di dalam sesebuah organisasi;

 ii. Konsep pengurusan secara penyertaan, iaitu setiap pekerja tidak kira kedudukannya dalam organisasi diberi peluang untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada organisasi;

 iii. Merupakan satu mekanisme yang melibatkan pekerja dalam proses penyelesaian masalah atau penambahbaikan proses kerja dan standard yang sedia ada atau memperkenalkan sesuatu yang baru;

iv. Menerapkan konsep knowledge-based dan creativity-driven bagi membolehkan organisasi menghasilkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan; dan

v. Memberi tumpuan kepada idea, pembelajaran, perkongsian ilmu dan penciptaan nilai menerusi strategi pengenalpastian dan penyelesaian masalah, teknik-teknik penganalisisan serta penghasilan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif


KRITERIA

 i. Keahlian terbuka atau merentasi semua bahagian;

ii. Terdiri daripada pekerja di pelbagai peringkat jawatan;

 iii. Penekanan kepada aspek inovasi dan kreativiti, selain daripada penyelesaian masalah;

 iv. Teknik penyelesaian masalah dipelbagaikan;

v. Memasukkan teknik penjanaan idea kreatif dan strategi penambahbaikan proses.


KRITERIA PEMARKAHAN KRITERIA 1 ( PENGENALAN )

 1. Latar belakang jabatan, kumpulan dan pemilihan ahli kumpulan diterangkan

2. Kumpulan menjelaskan bukti penyertaan dan perancangan projek



KRITERIA 2 ( PEMILIHAN PROJEK )

1. Projek yang dipilih berdasarkan kepada kajian latar belakang dan maklumat serta data-data masa         lepas

2. Projek yang dipilih memenuhi kehendak pelanggan organisas atau bahagian atau unit dimana               kumpulan itu berkhidmat. Ia juga menepati wawasan, matlamat, objektif atau piagam pelanggan         unit/bahagian/organisasi.

3. Pemilihan projek dilakukan secara sistematik


KRITERIA 3 (PENJELASAN PROJEK)

1. Projek diterangkan dengan jelas. Istilah-istilah teknikal yang digunakan perlu dijelaskan

2. Cara penetapan objektif/sasaran projek diterangkan dengan jelas


KRITERIA 4 (PENGGUNAAN KAEDAH/ ALAT KAWALAN KUALITI/ ALAT KREATIVITI)

 1. Pendekatan secara sistematik penggunaan kaedah/alat kawalan kualiti/alat kreativiti yang bersesuaian untuk tujuan mengumpul data berkaitan dengan projek


 2. Pendekatan secara sistematik penggunaan kaedah/alat kawalan kualiti/alat kreativiti yang bersesuaian untuk tujuan mengenal pasti dan mengesahkan sebab-sebab yang paling mungkin atau isu yang berkaitan

3. Penggunaan kaedah/alat kawalan kualiti/ alat kreativiti yang bersesuaian secara berkesan dalam mempersembahkan data


KRITERIA 5 (TINDAKAN PEMBETULAN/ PENAMBAHBAIKAN DAN PELAKSANAAN YANG KREATIF DAN INOVATIF )


1. Beberapa cadangan penyelesaian yang kreatif dan inovatif dipertimbangkan


2. Pendekatan secara sistematik dalam memilih cadangan penyelesaian yang kreatif dan inovatif
 

 3. Pelaksanaan cadangan penyelesaian/strategi dapat dilakukan dengan berkesan dan baik dalam tempoh percubaan (trial run)


KRITERIA 6 (PENCAPAIAN HASIL PROJEK)

1. Faedah-faedah samada: - Pengurangan kos operasi - Penjimatan masa - Peningkatan output/hasil kerja - Penjimatan sumber manusia Faedah-faedah lain samada: - Tahap kepuasan hati pelanggan - Tahap kepuasan pekerja - Imej jabatan

2. Sumbangan pelaksanaan cadangan penyelesaian kepada pencapaian objektif organisasi diterangkan dengan jelas

3. Pendekatan secara sistematik kaedah/alat kawalan kualiti yang bersesuaian untuk menilai faedahfaedah diperolehi dengan kos pelaksanaan cadangan penyelesaian

KRITERIA 7 (TINDAKAN PENYERAGAMAN ’STANDARDISATION’ )

1. Cadangan penyelesaian telah diterima dan kaedah pemantauan yang sesuai dan sistematik untuk         memastikan tindakan pembetulan yang perlu telah dijalankan sebelum tindakan penyeragaman

2. Tindakan susulan diambil untuk memastikan cadangan projek dikekalkan sebagai cara bekerja baru dengan pindaan atau tambahan kepada Arahan Kerja, Fail Meja, Manual Prosedur Kerja, Standard Operating Procedures atau apa-apa yang berkaitan

KRITERIA 8 (PENILAIAN KUMPULAN)

1. Pendekatan secara sistematik kaedah/alat kawalan kualiti yang bersesuaian untuk menilai kemajuan kumpulan dalam pengendalian aktiviti KIK

2. Kumpulan mengambil tindakan-tindakan untuk meningkatkan prestasi ahli-ahli semasa penyelesaian dijalankan demi kebaikan masa hadapan

 3. Pembelajaran-pembelajaran yang diperolehi oleh kumpulan

 KRITERIA 9 (PERSEMBAHAN PROJEK)

1. Persembahan yang kemas, turutannya yang logikal dan menepati masa yang telah diperuntukkan        

2. Persembahan yang jelas, penggunaan alat pandang dengar yang berkesan dan pengucapan awam yang baik tanpa menggunakan kertas


##terdapat perubahan format baru untuk konvensyen KIK ini. Nantikan perubahannya


0 comments:

Post a Comment