Pages

Thursday 14 April 2016

Diari kerja: Kategori Projek KIK yang ada


Kategori KIK

Terdapat dua (3) kategori persembahan projek yang boleh dibentangkan, iaitu Kategori
Pengurusan dan Kategori Teknikal.

1. Kategori Pengurusan

Kategori Pengurusan ialah projek yang berkaitan dengan hal-hal pentadbiran atau
sistem prosedur kerja. Contohnya, penggabungan borang permohonan, lesen komposit,
pengenalan borang baru, pelaksanaan prosedur kerja baru, pengenalan sistem kerja
baru atau pengubahsuaian sistem lama kepada sistem baru yang boleh menjimatkan
masa, meningkatkan kepuasan hati pelanggan serta faedah-faedah lain.

2. Kategori Teknikal

Kategori Teknikal ialah projek yang menggunakan bidang pengetahuan yang tertentu
seperti kejuruteraan, seni perusahaan (industrial arts), dan sains gunaan (applied
science). Masalah projek yang dikenalpasti dan telah diselesaikan oleh kumpulan
adalah berhubung kait dengan bidang yang tersebut ini. Cadangan yang dikemukakan
dan dilaksanakan juga adalah dalam bidang yang sama. Contoh projek teknikal ialah
penciptaan peralatan baru, pembangunan sistem computer atau perisian computer,
perubahan dalam penggunaan bahan atau komponen kimia dan perwujudan kaedah
teknikal baru.

3. Kategori Hybrid

Projek KIK Hybrid adalah merupakan projek yang melibatkan dua (2) atau lebih kementerian/
jabatan/agensi. Gabungan beberapa kementerian/jabatan/agensi ini akan melaksanakan
projek KIK yang melibatkan isu/masalah/perkara yang berkaitan di antara kementerian/jabatan/agensi terlibat.
Objektif KIK Hybrid adalah untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat
(kos rendah, "value" meningkat). Contoh Projek KIK Hybrid :
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor + Syabas = I-News (Pengurusan Projek  Luar Bandar)
 Kalau ikutkan bulan 7 nanti akan diadakan konsvesyen KIK di Kuala Terengganu. Nanti penglibatan PSIS buat kali pertama. Semoga sentuhan pertama memberi impak kepada wakil kumpulan kik yang terbaik. Cayok2. As penyelaras saya hanya memberi support dan memberi ruang dan cara untuk menjayakannya. Terbaik.

0 comments:

Post a Comment