Pages

Monday 26 January 2015

Segmen kemahiran: Concrete Camp di Melaka...teringat masa tu..best sgt2..






















Politeknik Melaka, 4 April 2012-6 April 2012. Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Melaka telah menganjurkan KEM KONKRIT DAN KHIDMAT KOMUNITI di Surau Al-Mubarak  Lorong Pandan Melaka. KEM KONKRIT DAN KHIDMAT KOMUNITI ini diketuai oleh En Anuar Bin Ismail dan disertai seramai 64 orang pelajar dan 10 orang pensyarah JKA yang  turut serta menjayakan program khidmat komuniti ini. Sehubungan dengan itu, ini adalah merupakan program yang kedua diadakan pada tahun 2012 ini bagi memberi khidmat komuniti dan meningkatkan kesedaran terutamanya dikalangan siswa dan siswi dalam membina asas bangunan bermula dari kerja pembersihan tapak, membuat kotak bentuk, pengorekan asas cetek dan penyediaan besi tetulang. Untuk kerja konkrit pula, ianya dimulakan dengan kerja  membancuh konkrit, kerja pemadatan, pengawetan konkrit serta pengujian konkrit. Akhir sekali, kerja-kerja membuka kotak bentuk tiang,rasuk tanah dan lantai dilakukan dengan prosedur kerja yang betul. Segala ilmu, kemahiran , teknik dan proses kerja dilakukan bersama bagi memastikan segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Secara kesimpulannya, program ini mencapai objektifnya secara total kerana pelajar dapat pengalaman kerja konkrit secara langsung, menanam sikap bertanggungjawab dalam bekerja, bertolak ansur sesame rakan, saling hormat menghormati dan bekerjasama antara satu sama lain sehingga kerja selesai. Diharapkan usaha seumapama ini dapat diteruskan dalam mengeratkan hubungan antara Politeknik Melaka bersama masyarakat setempat.

In memory...En Anuar Mail, En Affendi, En Afham, En Fahmi, En Qamar, Pn Alwani, Pn Jaja , En Saifulbahari, Pn Munirah dan seluruh pelajar kami masa itu....In memory 2012...



Disediakan oleh:

Saifulbahari Bin Mohd Rasid

Pensyarah JKA, PMK
 

0 comments:

Post a Comment