Pages

Thursday 22 January 2015

Diari : Senyum....


Tiada kata seindah bahasa...tiada harga yang perlu dibayar dengan sebuah senyuman... Ayuh kita senyum...kerana senyum saja kita menarik aura positif kita kepada orang...Tidak rugi jika kita selalu senyum dengan sesama kita.

kan...bukan tidak susah pn untuk menghadiahkan sebuah senyuman tetapi kita sendiri memilih untuk senyum atau tidak. Setiap kita ada masalah...kita tidak boleh lari... Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan?

Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.


Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.

Banyak Tersenyum

Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,

“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,

“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,

“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

Oleh itu, ayuh kita sentiasa senyum...

Senyum adalah sesuatu yang mudah tetapi berat untuk diamalkan. Indahnya di dalam Islam, senyum merupakan suatu amal kebajikan kerana melakukannya merupakan suatu ibadah sedekah.

Berikut adalah kelebihan bersenyum :

1. Senyum menyebabkan kita kelihatan lebih cantik atau handsome! Betul tak?
2. Senyum mampu mengubah ‘mood’ kita kepada yang lebih positif dan bertenaga.
3. Senyum mengurang atau menghilangkan tekanan atau stress. Anda pernah cuba?
4. Senyum memantapkan sistem imunisasi badan kita. Maka badan kita akan lebih tahan terhadap penyakit.
5. Senyum menyebabkan anda kelihatan lebih muda!
(petikan dari http://www.iluvislam.com)

0 comments:

Post a Comment