Pages

Thursday 11 June 2015

Diari: Segmen Kemahiran: Seminar EnviroPoly 2015 Peringkat Kebangsaan

Tanggal 10-11 June 2015 adalah tarikh keramat untuk saya bagi menganjurkan program seumpama ini. Kali kedua rasanya saya terjebak untuk buat program peringkat kebangsaan sebagai jawatankuasa penganjur. Kalau ikut plan asal Unit Inovasi dan Penyelidikan, kami hendak buat peringkat zon sahaja. Mmg plan asal saya merupakan timb pengarah program, tetapi setelah di upgrade menjadi peringkat kebangsaan. Sy akur untuk uruskan proceeding sahaja. Walau bagaimana pun saya mmg terlibat secara penuh program ini. New team dan cara keje yg amat berbeza. Ramai dapat kawan baru dr jabatan lain. Dapat ilmu baru dan susunan program yang lebih teratur. Cuma kali ini suasana agak tenang sebab pelajar bercuti. Sebenarnya niat asal program ini adalah bagus untuk menggalakan pensyarah untuk melakukan penyelidikan dan membentangkan kertas penyelidikan ke peringkat kebangsaan. Suasana ilmiah seperti ini amat baik dan reskilling dan upskilling pengetahuan semua pensyarah agar lebih berpenyelidikan. Rasanya org ramai kenal saya sebab inovasi..so pasne turn saya pulak fokus untuk penyelidikan dan bentang hasil kajian ke peringkat international. Kali ini saya menghasilkan penerbitan untuk satu buku yg ada isbn no..hee..Semoga saya terus tabah, positif dan berpengaruh untuk jadi lebih baik untuk meningkatkan kehebatan diri menjadi manusia yang serba boleh dan berani buat apa sahaja. Sanggup belajar apa sahaja dan tidak lokek ilmu. Saya pun tidak pandai sangat tetapi suka kepada komitmen. Bekerja untuk program bkn atas nama jawatankuasa tetapi untuk keseluruhan program. Bertanggungjawab dan tidak bekerja semata-mata untuk dapatkan sijil. Cayok2...

##sayabknkakibodek
##sayasukainovasi
##sayasukapenyelidikan
##sayammggilerprogram












buku proseding..boleh download

https://drive.google.com/file/d/0BwBX765TSq5_UGRTc2U0MTJwYTg/view?usp=sharing

0 comments:

Post a Comment