Pages

Tuesday 30 June 2015

Diari Khidmat Masyarakat: PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK DAN BERBUKA PUASA DI RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM, SEKENDI, SABAK BERNAM, SELANGOR



Terdapat pelbagai bentuk Program CSR dapat dilaksanakan dalam usaha
 merapatkan hubungan siratulrahim di antara pihak Politeknik  dan 
komuniti setempat. Terdapat pelbagai bentuk Program Aktiviti Kebajikan
 dapat dilaksanakan dalam 
usaha merapatkan hubungan siratulrahim di antara pensyarah, pelajar, 
Anak Yatim dan Ahli Kelab Belia Era Baru (MAYC)
Program Memasak  Bubur Lambuk dan Berbuka Puasa Bersama 
Rumah Anak Yatim ini 
 berbentuk program gotong royong memasak dimana dalam program ini, 
 mengalu-alukan penglibatan pelajar dan pensyarah supaya terbabit 
dalam menjalankan kerja-kerja amal melalui sumbangan masa, 
kepakaran memasak dan tenaga secara sukarela bersempena bulan 
Ramadhan yang mulia.Memberi peluang dan membantu pelajar 
dan pensyarah JKA untuk meningkatkan hubungan baik sesama mereka.

Program ini telah bermula seawal jam 12.00 tengahari dan berakhir 
lebih kurang jam 10.00 malam. Program ini telah dirasmikan oleh 
YB Tuan Haji Kamarul Zaki Bin Abdul Malik , Adun Sg. Air Tawar. 
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan iaitu:
       i.          Penyediaan bahan mentah
     ii.          Penyediaan tempat
    iii.          Memasak bubur lambuk
    iv.          Memasak juadah berbuka puasa dan moreh
      v.          Majlis Berbuka Puasa
    vi.          Solat Terawih dan Moreh
  vii.          Kebersihan kawasan

Sepanjang program dijalankan, makanan telah disediakan oleh 
 pihak politeknik dan ahli MAYC. Makanan dimasak secara rewang. 
Kaedah ini telah mengeratkan hubungan silatulrahim antara penghuni
 anak yatim, belia ,pelajar-pelajar dan staf politeknik. Makanan yang 
siap dimasak juga telah dihidangkan dan semua yang terlibat makan
beramai-ramai.

Keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif yang dirancang. 
Moga program seumpama ini dapat dilakukan pada masa hadapan.










0 comments:

Post a Comment