Pages

Thursday 25 June 2015

Diari Segmen Kerja: PSIS Smart Green Park

Projek ini adalah projek usahasama daripada JKA & JKE dan Unit Keusahawanan. Projek kali ini menekankan skill dan kreativiti dalam menaik taraf kemudahan yang ada di dataran JKA & JKE. Bg pihak JKA kerja2 membina bangku, water harvesting, tong kitar semula. Manakala dari JKE adalah kerja2 pendawaian, pemasangan panel solar, Wi-Fi, socket dan lampu. Usaha gabungan ini adalah kali pertama dalam mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar. Disamping itu juga CWASCO adalah projek pengkomersialan minyak masak terpakai. PSIS menjadi pelapor utama dalam usaha untuk menggalakan pelajar, staf, orang kampung dan sekolah2 berhampiran untuk menyahut usaha murni ini. Minyak masak yang terpakai boleh dijual dan digunakan semula untuk tujuan  pembuatan biodiesel. Daripada minyak2 masak ini dibuang dibelakang rumah, dilongkang, adalah lebih baik dikumpulkan dan dihantar di pusat pengumpulan. Idea ini bukan baru tetapi tahap kesedaran masyrakat kita adalah sangat lemah dan tidak ambil peduli kesan kepada alam sekitar. Marilah kita bersama menjaga alam sekitar kita dan sentiasa beringat untuk turut sama menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar dengan lebih konsisten. Dilancarkan oleh bekas pengarah PSIS iaitu En Sulong Bin Yahaya sebelum beliau berpindah ke Politeknik Perlis. Dirasmikan oleh Ketua Pengarah Politeknik iaitu Dato' Mukhlis Bin Jaafar.


























0 comments:

Post a Comment